The Voice Season 5


Rancangan nyanyi2 kegemaran aku kembali lagi!
Kali nih original coach Cee Lo & Chirstina Augilera kembali ke Season 5.
Usher & Shakira akan kembali Season 6 nanti.

Aku baru jer abih tengok Blind Audition yang telah di PVR dari AXN HD.
Bukan apa aku takde masa nak tengok. Lagipun satu episode jer dah 1 jam lebih kan.
Sekarang nih dah masuk pusingan Battle round 1 & 2 kat AXN. Kat US plak nak masuk round 3 harini.

Actually aku agak kecewa ngan ASTRO bila dapat tahu AF kembali semula.
Please lah ASTRO AF dah tak relevan lagi kot.
Berapa kerat lah yang tengok program tuh. Aku tanya kengkawan aku haram jadah dah tak layan AF dah.
Kat Facebook takde plak orang post status pasal budak2 AF or konsert2 AF.
Kitaorang satu family pun dah tak kuasa nak tengok AF.
Tengok first episode jer n terfikir camner suara2 macam tuh boleh masuk ek?
Sebab diorg ada rupa kot.

Aku harap sangat ada THE VOICE MALAYSIA
Kalau ada The Voice Malaysia sure meletup2 program nih.
Sekarang nih kitaorang satu family layan The Voice. Even The Voice US dah mengatasi rating American Idol & X-Factor pun masih struggle nak naikkan rating.

Orang nak tengok orang gemuk or tak lawa tapi ada suara superb.
Bukan contestants yang lawa2 dah siap pilih.

Sorry lah AF tak relevan lagi ya ASTRO.

*pada sapa2 tak tau format the Voice nih meh aku terangkan. Contestant dipilih daripada beberapa siri audition serata US dan yang terbaik sahaja akan dapat masuk blind audition. Masa blind audition ni peserta akan menyanyi dibelakang kerusi 4 coach iaitu (kalau season 5 lah) Adam Levine, Cee Lo, Christina Augilera & Blake Shelton. Coach nih akan dengar suara sahaja dan melihat berdasarkan sorakan penonton sebab coach nih menghadap penonton bukan peserta. Kalau coach nih suka dengan suara peserta tuh diorg akan tekan butang dah secara automatik kerusi akan berpusing n baru boleh tengok peserta tuh gemok ke, tua ke, comel ke or ensem ke. Kira kalau dah tekan takde maaf bagimu ler memang kena amik peserta tuh jadi contestant diorg. Tapi kalau ada lebih sorang yang tekan maknanya coach tuh kena fight sesama coach pikat hati peserta tuh utk pilih coach mana yang dia nak. Lepas tuh ada pusingan lain macam battle, knockout, top 12 masa top 12 lah baru ikut undian penonton. Peserta kiranya mewakili coach diorg lah.

Kalaulah ada The Voice Malaysia hmmmmm Thailand pun ada The Voice ok!

(Apa kata suruh Yuna masuk The Voice US hihihi nak tengok ada coach pusing kerusi tak macam peserta dari Spore yang dpt masuk battle round under coach Blake Shelton tuh)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat