|
Cucu-cucu saudara n pak sedara diaorg, Ayip |
Camner Raya Haji korg?
Aku biasa-biasa sahaja. Tahun nih tak buat Qurban so kurang meriah ler.
Oleh kerana cuti hanya sehari jer (kecuali budak2 sekolah n cikgu2 sekolah yg dah cuti ganti) so raya biasa-biasa sajer. Akak yg kat Shah Alam pun balik sebelum raya haritu memang tak sempat nak menjamah lauk-pauk kitaorg raya hari ni.
Aku plak semalam kerja memang tak apply cuti langsung. Yelah kan susah nak mintak cuti. Tapi dapat plak balik awal. Mintak balik pukul 4 petang tapi bos bagi balik pukul 3.30 petang. Fuhhh alhamdulilah, tak sabar nak balik awal puasa lagi kan hari tuh kalau balik lambat kang buka puasa dalam kereta kang.
Raya tahun nih masak2 macam biasa. Akak aku yang prepare awal2 sebab aku kerja. Cuma tak buat sambal goreng pengantin yang biasa buat tiap2 raya. Masa balik dari kerja tuh aku igt akak aku tak buat apa2 preparation utk sambal goreng tuh sebab tunggu aku balik. Rupanya tak buat. Terus sujud syukur aku hahahahaha. Hah betapa 'lecehnya' nak buat sambal goreng tuh siap nak sujud syukur aku kih kih kih.
|
ketupat hidangan wajib! malas ke letih ke camner apa mesti buat tak kira raya puasa or haji |
|
1st time buat ketupat palas. Alhamdulilah berjaya. Syabas akak aku. |
|
Pulut panggang akak ipar aku. Wajib ada kalau Raya Haji. |
|
kena potong dua sebab besar sgt |
|
Antara juadah - Kurma Ayam, Rendang Daging, Sambal Goreng & Lodeh |
|
Plus ngan juadah yang akak aku n akak2 ipar aku bawak |
Sehari jer kan cuti, dengar2 ramai yang balik dari kampung malam ni. So berhati2 ketika memandu.
Comments
Post a Comment