Autopass


Kali ni aku nak cerita pasal bawak kereta ke Singapore or Singapura.
Kalau kereta-kereta asing nak ke Singapore mesti kena dapatkan autopass kat atas tuh.
Autopass nih lebih kurang macam passport untuk kereta kita lah.
Autopass nih tak boleh ditukar hakmilik.
Satu kereta satu Autopass n information kereta kita ada kat dalam Autopass nih.
Ada lah menjadi kesalahan if kita masuk ke singapore menggunakan kereta tanpa autopass nih.

Tapi kalau 1st time masuk boleh dapatkan autopass nih lepas kat checkpoint imigresen.
Lepas cop passport nanti kita nampak berderet kereta Malaysia parking baru or nak renew balik autopass nih.
Kalau dah ada autopass masa nak cop passport tuh ada machine, kena masukkan kad tuh menunjukkan kita dah register masuk ke Singapore kereta tuh. Kalau kad dah expired kenalah pegi renew kat office toll diorg kat checkpoint tuas or woodlands. Adalah borang kena isi n nanti ada officer dia datang amik gambar road tax kita. 

Setiap kali keluar masuk memang kena register masuk n keluar kat machine kat pondok imigresen diorg.
Selain daripada tuh, kad autopass ni juga digunakan untuk membayar toll.
Kat sana takde pondok toll. Tapi highway mana kita lalu memang diorg dapat rekod.
So bila nak keluar kita kena bayar guna kad autopass nih.

Lagi satu, nak masuk singapore actually kena bayar SGD20 tau.
Untuk 10x pertama free. Kali 11 dan seterusnya kena bayar. 
Tapi free kalau masuk waktu dari pukul 5 ptg - 2 pagi (Isnin-Jumaat), hari sabtu, hari ahad n hari kelepasan am Singapore.

Teringat masa zaman dolu2 masa zaman kanak2.
 Dulu2 kan road tax kita boleh tanggal2 lepas tuh takde sistem autopass nih lagi.
 Bila nak masuk mesti mak aku turun bawak roadtax g register kat office LTA diorg.

Bila lah Malaysia nak buat sistem rekod kereta asing masuk?
baik utk mengatasi masalah kereta 'hantu' masuk Malaysia.
Nak tau apa tuh kereta hantu? kereta singapore yang ujung2 dah nak jadi kereta  scrap bawak masuk tempat kita. Bahaya kereta-kereta nih sebab insurance dah expire kalau accident ngan kereta-kereta ni ibarat mati katak ler. Bukan cakap kosong. Memang dah ada yang kena.

Comments

  1. bestnya boleh senang keluar masuk singapore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi takut nak drive kat sana sbb traffic light nya ada yg merah boleh jalan ada yg hijau kena berhenti

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah