B U L I

Korang tengok tak video budak sekolah belasah kawan kelas dia?

Kesian kan.

Budak yang kena belasah tuh pun mcm skema jer. Baju masuk dalam, pakai tali leher.

Tak macam budak s**l yang belasah orang tuh.

Sorry bahasa kasar.

Tapi aku memang tak boleh tahan.

Geram sangat tengok video tuh.

Kalau jadi kat ahli keluarga aku, mau aku belasah sampai mati budak tuh.

Tapi nanti aku 2 x 5 juga mcm budak yang belasah orang tuh.

Harap-harap parents kepada budak yang kena belasah tuh report polis.

Jangan peduli rayuan sekolah or permintaan maaf mak bapak budak s**l tuh

Senang-senang jer nak belasah anak orang. Ingat budak yang ko belasah tuh keluar dari pokok buloh ke?

Biar bagi pengajaran kat budak-budak nih.

Nak sangat rasa duduk Henry Gurney sebab nak jumpa Lan Todak kan?

Rasakan.

Nak salahkan siapa? Mak Bapak? Cikgu? Masyarakat?

Bila baca komen FB PDRM cikgu jugak disalahkan. Katanya tak pandai mendidik anak murid.

Habis tuh apa tugas Mak Bapak? tukang buat anak jer ke? bab mendidik serahkan bulat2 100% kat cikgu ke?

Tapi segelintir mak bapak jer yang fikir macam tuh. Aku tak cakap semua.

Kekadang aku terfikir kenapa budak2 nih terejal benar. Makan apa lah agaknya diorg nih ek?

Hmmmmmmmm

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman

Surah Al Maidah Ayat 88

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah