Legoland Malaysia: Lego Technic

budak yg excited. dah 4 kali pegi Legoland
Sebelum cerita trip aku g Sabah. aku post dulu lawatan secara rasmi aku ke Legoland Malaysia. hahaha. lepas balik dari rakaman game show haritu hari ahadnya sempatlah aku pegi ke Legoland Malaysia. masa raya haritu masuk hanya redeem annual pass jer n cuma bukak the begining jer. so kali nih aku sempat lah menjelajah kat sini. cuma kaki aku sakit lagi akibat drive ulang2 alik 3x pegi Klang minggu tuh kan so ditambah plak ngan cuaca yg agak panas so aku jelajah kejep jer lah. antara yg aku sempat jelajah:-

LEGO Tecnic

Bila kita masuk jer Legoland nih kita akan berada di the beginning. if kita mulakan penjelejahan ke sebelah kiri maka jumpalah taman THE LEGO TECNIC. kat Lego Technic nih ada beberapa permainan seperti Technic Twister, Aquazone Wave Racers & Project X dan ada dua akademi iaitu Lego Mindstorms & Lego Academy.

Technic Twister

First tempat yg kitaorg tuju dulu kat LEGO Technic ialah Technic Twister. kat sini macam permainan cawan pusing2. mmg laju benda nih. boleh pening kepala buatnya. budak2 bawah 110cm mmg tak boleh naik. anak saudara aku pun tak lepas naik benda nih. aku pegi hari ahad org mmg ramai tapi tunggu takde lah berapa lama utk permainan nih.

kat sini ayip tak boleh naik sbb dia tak sampai 110 cm lagi.
anak2 saudara yg dua2 amik exam besar taun nih. sorg SPM. sorg UPSR.
ready???
sorg kena tinggal sbb sakit perut hahaha

Project X

Lepas jer habis kat Technic Twister nih anak2 saudara aku nak try naik Project X plak. oleh kerana org2 dewasa yg ada nih mmg penakut nak naik so kitaorg dgn suka relanya sanggup tunggu diorg naik benda alah nih. nampak mcm tak seram kan roller coaster nih tapi actually mmg seram. nak2 bab pusing2 tuh katanya mcm nak terlepas dari track jer.

Project X!!!
Pintu masuk Project X
hahahaha dapat amik gambar budak2 nih tgh menjerit

hahaha siap amik video budak2 nih lagi

Lepas jer abis kat roller coaster kitaorg proceed ke bahagian lain plak. igt nak naik Aquazone Wave Racers tapi rasa mcm tak sempat plak sbb kitaorg igt nak kuar dari Legoland dalam pukul 12.30 gitu. Ada annual pass senang sikit. boleh kuar bila2 masa kalau penat hihihi minggu depan gi lagi hehehe. tapi aku sempat lah snap2 gambar.

Aquazone Wave Racers
Lego Academy - utk young children. kat sini uji kreativiti kanak-kanak

Lego Mindstorms - yg ini plak utk older children. pun sama menguji kreativiti kanak2

antara restoran yg ada kat Lego Technic - Robot Kitchen
bersambung....

Comments

  1. yup semua dah bukak. tinggal hotel ngan waterpark jer yg belum bukak. cuma benda masih baru lagi kan kalau nasib tak baik ada beberapa rides yg under maintenance. so kena tunggu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat