Catatan Perjalanan - Sabah Part 1: Kota Kinabalu

Sup Urat Sabah

Hah setelah 2 bulan trip aku pegi Sabah, barulah skrg dpt mood nak tulis catatan perjalanan aku ke Sabah. Actually trip pegi sabah nih dah plan lebih setahun awal. Itu pun tak plan nak g Sabah pun sebenarnya. Kebetulan Airasia ada wat sale jualan murah tiket kapal terbang kan tuh yang tetiba akak aku terus beli tiket tanpa tanya aku langsung hahaha. Nasib baik dia beli time weekend kalau tak masak gak aku kena cuti semer kan. Tempat aku kerja nih dah lah payah sgt nak amik cuti. Lagi satu nasib baik flight nih delay dari pukul 5 ptg ke 9 mlm. hihihi so tak payah lah aku amik 1/2 half day hari jumaat tuh. 


depan hotel D'Borneo

Trip nih adalah selama 2 hari 2 malam. Short trip jer. Saje je jalan-jalan nak tgk tempat org. N aku ikut akak aku n kawan2 dia n anak saudara aku si Ayip nih. Flight landing kat Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dalam pukul 12 mlm n terus amik teksi pegi hotel yang telah dibooking awal iaitu D'Borneo hotel. Sampai je aku terus mandi2 n landing atas katil ngan si budak kecik nih. Mama ayip n kawan2 mama dia semua keluar pegi cari makan kat restoran bawah sebelah hotel. 


ahli2 rombongan. tak termasuk aku ngeeee sbb aku photographer

Macam yg semua org tahu kat Sabah nih siangnya cepat. So bila dah siang cepat maka subuh pun cepat. bila dah bangun awal mmg tak boleh tidur lah tgk kat luar terang benderang. So kitaorg awal-awal pagi lepas subuh dah pegi cari sarapan. Sebab dalam pukul 7.30 pagi dah nak bertolak ke Ranau. Breakfast pertama aku kat Kota Kinabalu nih adalah Sup Urat. Rasanya? hmmm boleh lah sedap. Lain tekak lain rasanya.

suasana sekitar hotel penginapan kitaorg

Lepas breakfast kitaorg balik hotel balik n tunggu 'tourist guide' yang dah booking awal untuk bawak kitaorg pegi ke kaki bukit Gunung Kinabalu n kawasan sekitarnya. Oleh kerana trip nih trip pendek jer, kitaorg tak amik island hopping. Cuma pegi kaki Gunung Kinabalu je utk full day trip. 


tourist guide kami, Ahmad

Sampai hotel tourist guide kitaorg, Ahmad dah tunggu depan hotel. Dalam pukul 7.30 pagi gitu kitaorg pun bergerak ke Ranau nak pegi bawah kaki gunung Kinabalu. Katanya perjalanan agak jauh jugak. amik masa 1-2 jam gitu.


dalam perjalanan ke Rumah Terbalik

Stop sini dulu. Macam panjang plak kan post semua cerita dalam satu post. Nanti sambung lagi ye. Bubye!

Next post: Rumah Terbalik, Kg. Telibong Tamparuli

Comments

  1. Macamana nak dpt tourist guide tu ye? Awak punye kenalan ke? atau ada kat airport je? kene booking dulu ke macamana?

    Uni recently posted...

    3 Minggu Selepas Guna Moogoo

    ReplyDelete
  2. tourist guide tu actually sewa kereta n pemandunya. kiranya pemandu tuh mcm tourist guide. kena booking dulu. booking dengan hotel masa booking hotel ni sekali

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat