Renew Passport

rugi betul tak apply 5 tahun. byk sikit koleksi cop2 negara yg aku pegi wakakaka

Skrg nih nak renew passport dah mudah sgt. Kalau dulu nak kena pegi isi borang, pastu kena beratur amik nombor. Dah amik nombor kena tunggu giliran utk urusan kat kaunter plak utk submit borg application tuh. lepas tuh kena tunggu passport siap. kalau cara nih boleh 2-3 jam jugak kot menunggu. bergantung nombor berapa n bilangan org yg ada. tapi kalau kat JB nih mmg jgn harap lah ye Pejabat Imigresen nih nak lengang takde org. kalau lengang tuh pun mesti sistem down. walaupun ada 3 Pejabat Imigresen bahagian Passport kat JB nih, i,e Kompleks KDN Setia Tropika, Cawangan Tampoi (Pekan Rabu) & Kulaijaya (kira dekat ngan JB gak ler heheh) mmg tiga2 tuh mesti penuh dgn org. Pelik betul aku. penuh jer ngan org. tapi actually tak pelik mana pun. kan ramai org kerja spore. so mmg org buat passport nih bersilih ganti.

Ok berbalik semula cerita pasal aku renew passport. Sapa-sapa nak renew passport tuh aku galakkan lah korg renew secara online. lagi mudah dan cepat. tapi renew jer 1st timer tak boleh. Mmg mudah sgt2. tak payah susah nak amik nombor or kena dtg pagi2 sbb nak amik nombor. 2-3 hari or hari yg sama korg boleh apply dulu kat online. tapi syaratnya korg mesti ada kad kredit or internet banking. tapi masa aku buat arituh internet banking (FPX system takde wat sementara waktu) so kena lah kad kredit. 

Sgt mudah. tapi sebelum tuh kena amik gambar siap2 n pastikan gambar korg tuh gambar yg terbaru kalau tak nanti kat kaunter gambar korg kene reject. skrg pun amik gambar diorg bagi CD yg mini tuh kan. so senang lah. tapi pastikan passport lama ada n tak hilang kalau hilang tak boleh ler guna online. mmg sgt mudah n ikut jerlah instruction kat website tuh. bila dah bayar guna kad kredit, print resit n bawak pegi pejabat imigresen yg korg dah pilih. tapi kena tengok gak kat resit tuh masa pukul brp korg boleh pegi. sampai sana tak payah amik nombor terus jer pegi kaunter passport online. tunggu dalam 45 minit dpt lah korg passport tuh. 

kenapa aku ckp 45 minit? sbbnya bila kita sampai baru dia prepare passport kita sbb nak tgk gambar, passport lama kita. yelah kan kalau diorg dah siap kan awal sekali korg bagi gambar lama rugi je kan buku passport tuh. correct me if info aku salah pasal nih. sbb passport aku tarikh validnya adalah sama tarikh yg aku dtg amik. bukan tarikh aku apply online.

boleh klik sini kalau nak renew passport online

Comments

  1. Salam

    Tadi ada cuba masuk web tu.. X boleh pun. Dah x boleh ek?

    ReplyDelete
  2. Salam, saya cuba web tuh boleh masuk. maybe tadi under maintenance kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih