Thursday, December 27, 2012

Catatan Perjalanan - Sabah Part 5: Kundasang Memorial Park

Sambungan daripada Catatan Perjalanan - Sabah Part 4: Kaki Gunung Kinabalu

On the way ke Kundasang nampak view indah ni

Kat area kundasang nih mmg banyak gerai-gerai yang jual sayur-sayuran. Mcm kat Cameron Highland gitu. Padahal Cameron Highland aku belum pernah jejak lagi hahha. Jauh-jauh aku boleh pergi tapi yang kat Semenanjung pun belum sampai lagi. Sedihkan? Kat Kundasang nih mmg view dia sgttttt cantik. Pada aku lah view kat Kundasang nih lah paling cantik. Memang sangat-sangat breathtaking lah! Ada rasa macam kat Switzerland pun ada. Perjalanan dari kaki Gunung Kinabalu ke Kundasang nih takde lah berapa jauh lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Masa kat sini dah pukul 11 lebih tapi rasa mcm dah pukul 2 n kitaorg lunch kat Kundasang lepas jalan kat Memorial Park ni.

Depan pintu masuk

Kundasang Memorial Park ini adalah tempat untuk memperingati askar-askar tentera Britain dan Australia yang terkorban dalam tahanan perang di Sandakan masa Perang Dunia ke dua. Kat Memorial park nih ada English Garden, Australian Garden, Borneo Garden n Contemplation Garden. Nak naik Memorial park nih kena mendaki tangga. Semput jugak nak naik sini. Lagi kat tempat tinggi kan mmg sesak nafas jugak lah hahahah. Sampai jer atas terus aku amik nafas jap duduk kat sini:-

betapa 'lonely' nya aku wakakakaka

geram tgk bunga kat sini. Tapi petik masak lah ko kena denda ya!

masa gi sini takde org. Terus teringat movie Secret Garden

Ayip kat English Garden

view dari Contemplation Garden
Lepas jer kat sini terus pergi kat area pekan Kundasang untuk lunch. Lunch kat sini agak mahal ye. Ayam goreng kitaorg kena RM5.00 seketul. Tak tahulah kalau diorg nampak org luar dia caj mahal or mmg harga mahal. Aku amik positif jer maybe nak bawak ayam ke situ kos nya mahal yelah tgk jalan jer pun dah tau apa. Betul tak?


No comments: