Makan-Makan: Universal Studio Singapore

Kali ni aku makan kat sini

Tak susah nak cari makanan halal kat Universal Studio Singapore ni. Kat dalam Park Map yang boleh didapati kat USS nih memang ada tulis mana restoran yang halal. Kat sini aku senaraikan restoran-restoran yang halal kat USS nih:-

Zon Hollywood
1. Celebrity Cafe & Bakery - Sandwich & pastries
2. Mel's Drive In - Serve all American Fav. e.g burger, fries & milk shake

Zon New York
*Tak ada yang halal

Zon Sci-Fi
*Tak ada yang halal

Zon Ancient Egypt
1. Oasis Spice Cafe - Hidangan Timur Tengah

Zon The Lost World
*Tak ada yang halal. Sedap jer tengok dia jual drumstick turkey tapi tak halal huhuhu

Zon Far Far Away
1. Friar's - Sandwich wrap n makanan yg ringan
2. Goldilocks - Fast food ayam goreng & burger

Zon Madagascar
1. Marty's Casa Del Wild - Southeast asian food. Satay, tom yam n macam2 lagi


bahagian interior Oasis Spice Cafe

Kali ini kitaorang mencuba masakan timur tengah kat Oasis Spice Cafe nih. Masa kat sini abang aku yang generous itu telah membelanja kitaorang 13 orang ni makan kat sini. Oleh kerana orang yang belanja so aku tak pasti berapa harga sepinggan nasi kat sini. Rasanya satu set SGD14.00 kot. Makanannya ok lah tapi takde lah sedap sangat. Dalam sepinggan nasi tuh ada kentang ngan bayam lenyek n ayam.


pinggan aku. tak sempat nak amik gambar sebelum makan

Tapi kitaorang ada gak bawak bekal dari rumah. Buat sandwich telur goreng. Sedap betul makan time lapar.  Masa first time gi USS nih tak terasa lapar sangat. Tapi bila dah 3-4 kali nih memang lapar memanjang n teringin nak makan kat restoran2 kat sini. Hah lagi satu kalau nak solat ada disediakan tempat solat di Zon Egypt. Tapi kecik bebeno tempat solatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih