4th trip to Universal Studio Singapore Part 1

Lama dah nak menulis pasal trip nih tapi tak sempat-sempat campur ngan pemalas tahap gaban aku untuk tahun 2013 nih. Ya betul tuh dah 4 kali aku pegi USS dalam masa 3 tahun. Kira macam tiap-tiap tahun lah pegi sini hihihi. Tiap kali aku pegi ada jer benda yang baru ya. 

trip kali nih pegi naik bas. 4 buah bas semua sekali.

Actually aku mengikut rombongan cikgu2 n family sekolah akak aku masa cuti panjang Maulidur Rasul & Thaipusam haritu. 4 bas semua sekali untuk rombongan kali ni. Akak aku plak sebagai ketua rombongan. Family aku yg ikut semua sekali dalam 13 orang gitu. Best sangat-sangat sebab pegi ramai-ramai kan.


masuk je USS semua berkejar ke Transformers 4D rides.

Akibat ada sedikit masalah di Imigresen Singapore Checkpoint Tuas kitaorang sampai lewat sikit kat USS nih. Tak ada lah lewat sangat lewat 1/2 jam je. Kalau nak drive sendiri dinasihat pegi lalu 2nd link sebab senang sangat-sangat2. Dari checkpoint tuas tuh terus jer guna highway tuh sampai jumpa Lower Delta Road, naik flyover tuh belok kanan n terus je n kat situ dah ada direction untuk ke USS/Sentosa. 


Comel jer emporium nih. Lama tak guna perkataan emporium.

Selalunya bila sampai di USS kitaorg akan menjelajah ke sebelah kiri dulu. Tapi kali ni kitaorang lawan pusingan jam. Amik sebelah kanan dulu. Nak kejar Transformer punya pasal hehehe. 


Abg Mat yg sporting bawakan beg Ayip

Seperti biasa Transformers 4D rides adalah sangat awesome ok. Awesome sangat2 sampai kitaorag naik dua kali. 1st masa sampai n kali kedua masa nak balik. Time nak balik dah tak ramai orang so cepat jer dah dapat naik. This is not my first time naik Transformers 4D rides nih cos masa 3rd trip last year rides nih dah ada. Masa tuh ramai gila orang tunggu nak naik. Kalau sesiapa pegi USS Transformers 4D rides nih mmg wajib masuk ok. 


Accelerator @ USS 

Lepas Transformers 4D rides aku pegi main cawan pusing-pusing nih. Rides nih mmg tak ramai. So memang sekejap je tunggu. Trip kali nih aku banyak melepak je sambil bergossip ngan abang aku wakakaka dari satu cafe ke satu cafe sambil tunggu akak2, akak ipar n anak2 saudara aku gi naik permainan kat USS nih. Trip free lah katakan hihihihi. 


Masuk Zon Egypt plak

Anak-anak saudara aku naik roller coaster warna merah tuh. Yang biru diorg tak berani naik. Bak kata anak saudara aku si Apis dia belum kawin lagi wakakaka. Yang color merah tuh duduk n yang color biru tuh tergantung. Ikutkan hati nak ikut anak2 saudara aku naik roller coaster merah tuh, tapi akak aku tak kasi. Dia ckp aku obes takut tercampak dari kerusi. Wakakaka statement tak boleh blah. Tapi bila akak aku tuh pegi naik kereta bodoh (akak2 aku yg gelarkan ek aku tukang tulis je) ala-ala Indiana Jones ngan si Ayip tuh, abang aku ajak aku join dia n anak-anak saudara aku pegi naik high speed roller coaster kat Egypt tuh. Maka terhasilah gambar kat bawah ni.


Percubaan pertama selepas 12 tahun

Pada sesiapa yang berani dinasihatkan lah mencuba roller coaster nih. Walaupun dah tulis high speed roller coaster aku ingat biasa-biasa je kan. Lagipun anak saudara aku yang dah naik ckp naik roller coaster dalam keadaan gelap. Mula-mula tuh ok je macam bersiar-siar tengok Mummy n hantu2 yg ada dalam sepanjang perjalanan tuh. Lepas tuh tetiba aku dgr dia ckp ready go hah ko! terus laju gila naik nak langgar dinding lepas tu berhenti. Lepas nih lah yg aku masa tuh rasa menyesal sangat-sangat naik. Macam nak gugur jantung, nak tercampak pun ada. Dah lah aku tepi sekali. Boleh plak roller coaster tuh reverse jatuh kebawah laju nak mampus. Aku memang tutup mata lah walaupun gelap. Last sekali dia ckp ready go lagi tapi kali nih jatuh ke bawah. Maka terhasil lah gambar kat atas tuh. 

Lepak lagi kat Goldilocks. Ayam goreng yg sodap itu tapi tak makan pun.

Tapi macam seronok plak naik roller coaster tuh. Pegi lagi ingat nak naik lagi. Kali ni nak bukak mata nak tengok apa yang rasa panas2 mcm api tuh hehehe. Ingat kalau tak obes mcm akak aku ckp tuh aku nak naik roller coaster merah biru tuh hehehe. Lepas naik roller coaster tuh kitaorag pegi makan tghari kat restoran situ. Yang tuh nanti aku tulis part khas utk makan2 kat USS. Lepas makan tunggu anak-anak saudara n akak2 n akak ipar aku naik rides2 yang ada, seperti biasa aku melepak ngan abang aku kat Goldilocks plak sambil bergossip macam mak jemah. 

Pekena ice cream SGD5 nih. Org belanja.

Alamak macam panjang pulak. Sambung Part 2 plak ye heheh. Tidur dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih