Makan-Makan: Restoran Al-Yamani, Pontian

Budak yang dah kelaparan

Lepas jer balik dari kampung mak aku tuh, kitaorang singgah untuk makan tengah hari kat Restoran Arab Al-Yamani kat Pontian nih. Dah lama plan nak makan sini sebab akak aku kata sedap. So kebetulan balik dari kampung kan so boleh lah singgah sini. Kalau tak jauh bebeno aku nak pegi ke Pontian nih semata-mata nak layan nasi arab kan sebab kat Taman Universiti JB berlambak kedai jual nasi arab. Yelah student foreigners UTM kan ramai dari Arab. 


hiasan kat kaunter

Actually sedikit kecewa ngan servisnya. Sebab lama gila tunggu. Satu jam lebih pun ada. Rupa-rupanya semua orang dalam kedai tuh belum dapat pun nasinya. Yelah kan kalau nasi belum ready lagi kasitau lah customer awal2. Takdelah kitaorg yang kelaparan nih tertunggu-tunggu. 


Chicken Mandy pilihan aku

Aku amik small set of Chicken Mandy. Sebab haritu aku makan Nasi Arab kat Restoran Al-Hanin, Larkin siap kongsi lagi ngan mak aku tak habis. Tapi yang tuh set yang besar. So ingatkan aku tak mampu lah kan habiskan set besar so aku orderlah set kecik. Tapi rupanya2 tak cukup ko ekekkekke sikit sgt nasinya. Tak pueh. Patutlah aku tgk semua orang kat situ order set yang besar. Nasib baik nasinya sodap so boleh lah cover servis lambat tadi. 

Pada aku nak datang lagi semata2 nak makan Nasi Mandy kat sini, rasanya tak kot. Kecuali memang aku balik kampung ke boleh lah singgah. Cos kat taman U pun melambak orang jual Nasi Arab n semua yang jual itu mmg orang arab.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih