Bekorban apa sahaja.... Opsss! Bukan semuanya ya

Kepada anak-anak gadis diluar sana.

Yang masih naif dan baru mengenali apa erti C I N T A.

Tak kisahlah kalau kamu hendak berkorban kerana agama, bangsa or negara.

Or even untuk keluarga sekali.

Tapi janganlah berkorban kepada sesuatu yang belum pasti menjadi hakmilik kita.

Kerana kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Sayang itu berpada-pada lah. Janganlah kita terlalu dibutakan oleh cinta.

Janganlah bekorban segalanya untuk dia.

Kerana bila maruah kamu telah terkorban, satu sen pun tiada berguna.

Jika nasib kamu kurang baik, kamu ditinggalkannya.

Kerana alasanya, dia mencari isteri yang baik-baik, kamu hanyalah untuk suka-suka sahaja.

Mungkin sekarang kamu rasa dia adalah segala-galanya bagi kamu.

Sehingga kamu sanggup memejamkan mata kamu daripada melihat keburukan dan kejahatan yang dilakukan kepada kamu.

Orang sebegitukah yang kamu mahu? Tidak tahu menjaga harga dan maruah diri kamu?

Buka lah mata dan minda kamu.

Kamu masih muda dan perjalanan kamu masih jauh dan panjang.

Tak rugi menjual mahal. Kamu juga yang untung.

Fikirlah sebaik-baiknya.

Jangan ada yang terasa.

Hanya 2 sen daripada saya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih