Skip to main content

4th Trip to Universal Studio Singapore Part 2

Dah besar anak-anak saudara aku ni

Sambung daripada Part 1. Lepas je semua anak-anak saudara n akak-akak serta akak ipar aku dah naik rides kat Shrek & Jurassic Park kitaorg proceed ke Madagascar plak. Sebelum tuh cerita pasal taman Shrek or Far Far Away nih, kat Shrek nih ada beberapa permainan yang sangat interesting. Tapi aku tak naik apa2 pun sbb aku pegi melepak ngan abang aku kat restoran Goldilocks. Antara yang best kat Shrek nih ada Shrek 4D. Yang ini memang sgt best sebab kerusi kat panggung wayang 4D nih bergerak ikut cerita Shrek tuh. Lepas tuh ada Roller Coaster Enchanted Airways. Roller Coaster tak menakutkan sangat. Sedang-sedang aje. Lepas tuh ada Donkey Live Show. Kat sini mmg aku tak masuk sebab agak bosan dengar Donkey kawan Shrek tuh membebel ekekeke. 

Istana Shrek kat sini lah Shrek 4D

Sebelum Zon Far Far Away ini adalah Zon Lost World. Zon ni pun ada rides yang sangat interesting. Tapi masa pergi haritu aku satu apa pun tak naik. Yess macam biasa melepak ngan abang aku. Antara yang best adalah Jurassic Park Rapids Adventure. Naik river raft yang boleh buat korang basah lencun. Aku malas nak naik sebab selalunya mesti aku basah lencun kat sini hehehe. Lepas tuh ada Canopy flyer. Roller Coaster tergantung. Tapi takde lah menakutkan sangat. Budak-budak plak boleh naik Dino Sorin. Dinasor pusing2 ekekeke. Pastu yang paling best adalah Waterworld. Kat sini ada live show cerita Waterworld tuh. Memang best lah. 

Presented by Maybank!

Lepas tuh kitaorg proceed ke Zon Madagascar. Kat sini takde banyak rides cuma ada dua jer. A Crate Adventure & King Julien Beach Party Go Around. Kat bawah nih video yang sempat aku rakam masa masuk A Crate Adventure tuh

first time naik menda nih

comel jer bumbung tuh kan

Lepas dah keluar dari A Crate Adventure nih kitaorang belari semula ke Transformer Rides. Bila dah petang nih lagi mudah orang pun dah tak ramai. So takdelah jauh sangat nak beratur tuh.


Light Camera Action!

Keluar jer dari Transfomer kitaorang jalan menuju ke New York plak. Kat sini ada beberapa show. Masa aku pergi tuh Sesame Street Spaghetti Chase masih belum open lagi. Akak aku, akak ipar aku n anak2 saudara aku masuk Steven Spielberg Lights Camera Action nih. Aku tak masuk sbb kaki aku dah cramp. Tetiba boleh cramp plak. So teori aku kaki aku cramp sebab sejuk memang tak boleh pakai. Haisssh camner nak g trip yang memerlukan berjalan sepanjang hari nih.

Ni kat area New York

Lepas New York masuk Hollywood plak kat sini takde apa cuma tempat makan dan kedai2 yang jual barang cenderahati. Aku tak masuk pun. Cuma duduk luar jer sebab kaki aku masih sakit lagi. Lagipun jimat duit aku ye tak masuk kedai-kedai tuh.

Zon Hollywood

Pukul 6.30 gitu kitaorg pun keluar lah dari USS nih. Akak aku plak sibuk cari ahli rombongan dia sebab nak pastikan tak ada orang yang tertinggal. Dalam pukul 7 gitu bas pun sampai n bawak kitaorang balik JB balik. Maka tamatlah rombongan akak aku ke USS. Kiranya ini trip ke USS yang paling best lah sebab ramai yang pegi kan. Pegi ngan budak2 n remaja2 nih mmg seronok sikit. Nasib baik anak-anak saudara aku nih mmg jenis tak kisah berjalan ngan orang-orang tua macam kitaorg nih. Wakakakakakak tua ek ekekekeke. Apa-apa pun terima kasih kat akak aku sebab belanja kitaorang 13 orang nih pegi USS. Semoga rezeki semakin bertambah-tambah ye. I LAP YOU!

Ahli rombongan plus dgn yg tukang amik gambar nih

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.