TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle

lambang famous heheh

Kalau pergi Universal Studio Singapore (USS) memang tak sah kalau tak masuk Transformers The Ride nih. Memang sangat-sangat awesome. Masuk USS nih jer 1st terus menuju Transformers The Ride nih. Masa aku sampai USS baru bukak so dapatlah beratur ke depan sikit. 

All Spark kot.

Sebelum sampai ke tempat rides tuh memang disediakan tempat beratur yang sangat panjang ya. Tapi kalau nak naik single rider memang sekejap jer lah. Kiranya macam tumpang orang lain punya kereta gitu. Macam aku memang naik dengan family aku. So tak pernah berani nak naik kereta ngan strangers ekekeke.

Anak-anak saudara aku. Yang nampak separuh tuh akak aku.

Aku n anak saudara aku yang pakai cermin mata lelaki tuh jer pernah naik Transformers The Ride nih masa last year. Yang lain tuh 1st timer. Tuh yang tak sabar2 bekejar ke Transformer nih. Masa nih orang dah ramai. Akak aku sorg lagi pun tertinggal n naik dengan kawan2 dia. 

orang dah ramai

Tapi rides nih dinasihatkan pada sesiapa yang ada sakit jantung, mudah terkejut janganlah naik yer. Ditakuti akan pengsan plak. 

Dah bagi amaran tuh dalam 4 bahasa

Tunggu lebih kurang dalam 1/2 jam tuh baru lah dapat naik kereta transformers nih. Satu kereta boleh muat 12 orang. First time masa aku naik last year aku dpt duduk depan. So aku bagi lah peluang kat anak-anak saudara aku duduk depan. Kali nih aku pilih duduk belakang sekali. N masa petangnya plak aku duduk tengah-tengah. Kira aku da rasa semua semua seat ler ekekeke.

Nih jer yang dapat sebelum kena tegur ngan staff USS ekekeke

Seriously mmg sangat2 best. Rasa macam nak naik banyak kali plak. Suka betul feeling masa kereta tuh dipandu laju, masuk dalam mulut Megatron n terjunam jatuh dari bangunan tinggi. Seriously mmg macam real. Oleh kerana aku bukan first time kan so aku pun bukak lah cermin mata 3D tuh nak tengok apa kebendanya kan. Kereta tuh memang bergerak tapi ada skrin kat depan. Bila scene jatuh bangunan tuh angin mmg banyak keluar macam betul jatuh bangunan. Tapi kereta tak bergerak cuma dia terangkat macam nak terjunam gitu. Memang feeling lain dengan naik roller coaster. Kira sapa yang takut naik roller coaster boleh lah naik Transformer The Ride nih. Kalau Roller coaster memang boleh buat kita betul2 sakit jantung hehheehe

Transfomers The Ride!

Bila keluar jer dari sini kita jumpa lah kedai yang jual barang merchandise Transformers. Sangatlah bahaya memandangkan anak saudara aku si ayip tuh memang peminat nombor 1 Transformers. Masa pagi mak dia berjaya memukau dia dari memandang barang Transformers tuh. Tapi bila masuk time petang plak mak dia telah tertewas. Ayip berjaya pau mak dia SGD64.00 robot Transformers!



Ini kat Universal Studio Hollywood. Tapi sama jer jalan ceritanya ngan yang kat Singapore. 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih