Posts

Showing posts from 2015

Sepi

Image
Errrrkkk 1st entry untuk Disember 2015. Sekarang ni macam malas lah pulak nak update blog. Cerita memang banyak. Tapi macam malas pulak nak taip. Lepas entry marah aku tuh, terus macam malas nak update. Dok baca blog orang jer. Itu pun jadi pembaca senyap. Sekarang ni bz sikit sejak dah ada baby. Kawin idak, pregnant pun idak tetiba ada baby plak? Hihihi Rezeki Allah bagi. Terima jer lah. Baby tuh dah ditakdirkan untuk kitaorg. Walaupun tak pernah merasa camner pregnant or bersalin, tapi merasa menjaga baby yang baru lahir pun cukup bermakna buat aku. Terasa macam mana perasaan seorang ibu walaupun bukan 100%. Baby Mya 1 month old Masa mula-mula dulu rasa teragak-agak. Terasa berat tanggungjawab dalam dunia yang semakin mencabar ni. tapi dah lama rasa macam tak complete rasanya bila takde dia. Sayang sangat-sangat dengan dia ni. Kalau g kerja dok belek handphone tengok gambar dia n tak sabar nak balik rumah.  Insya Allah akan kami pelihara amanah Allah ini dengan seb

Gerammmmmmmmmmmm

Amaran! Kemungkinan penggunaan bahasa kesat! Panas hati betul aku. Panas hati aku dengan pakcik (*(&^%%&* belagak pos tadi. Mentang-mentang itu tempat kerja ko, ko yang menyongsang jalan ko suruh orang reverse. Kalau ko bertimbang rasa patutnya ko reverse sebab 1. KO MENYONGSANG JALAN 2. BELAKANG VAN POS KO TU TAK ADA KENDERAAN LAIN 3. BELAKANG AKU BERDERET-DERET KERETA LAIN. Ko reverse sikit jer dah boleh aku lalu. Takpun aku dah masuk dulu patut ko stop bagi aku laluan sebab aku yang masuk laluan sehala tuh dulu! Lagi satu pakcik bodoh, itu LALUAN SEHALA tau tak????? Sebab ko pentingkan diri sendiri lah aku dah tergesel kereta orang lain. Main-main lampu suruh orang reverse?? apa dah nak terberak sangat ke?? Takpe2 ko ada anak dan isteri kan?? Nanti anak isteri ko kena dengan pembuli macam ko, time tu jangan lupa apa yang ko dah buat kat orang lain ya. Pakcik, hidup ni ibarat pusingan roda. Pandang bawah sikit pakcik jangan dongak

Tadika

Image
Hujung tahun ni kalau belek FB ramai parents yang share kejayaan anak di Hari Anugerah Cemerlang. Hujung tahun juga lah result UPSR keluar. PT3 bakal keluar. Heheh. Budak-budak sekarang dah pandai-pandai belaka. Sekarang ni kalau masuk darjah 1 kiranya 3M tuh dah ada. Membaca, menulis dan mengira. Dulu zaman aku darjah 1 rasanya lom lancar baca kot. Yelah tadika dulu tadika makan-makan jer kan ekekeke. Takat belajar ABC, 123 hihihi. Tadika sekarang dah advance. Macam-macam kaedah pembelajaran. Yang peting sediakan ongkosnya sahaja sebab rata-rata yuran bulanan sekitar RM200 - RM500 sebulan. Baby 2008 Takde anak nak share. So aku share cerita anak saudara aku yg dah jadi mcm anak aku, Mat Ayip. Mat Ayip ni dulu ada masalah untuk bercakap. Apa yang keluar daripada mulut dia masa umur 1-3 tahun memang sepatah pun kitaorg tak faham. So kitaorg amik keputusan untuk masukkan dia ke sekolah tadika (nursery) berunsur Islamic di Taman Pulai Indah masa umur dia 4 tahun. Actually kep

Lama tak update blog!

Image
Heeee lamanya tak menulis kat sini. Malas nak menulis. Baca org punya post je. Balik kerja selalu pukul 7 mlm pas tu dah penat nak rehat. So mampu baca je blog orang. Sebab pukul 9 malam - 1 pagi aku ada 'night shift' pulak. Heeeee 'Night Shift' aku, Baby S Allah takdirkan Baby S hadir dalam kehidupan keluarga kami. Insya Allah akan kami jaga amanah dan takdir yang Allah berikan kepada kami. Semoga Baby S menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat. Sayang kamu ketat-ketat.  Luv, Your 2nd Mom

Media Sosial

Image
Kalau kita mendapat berita baik, kepada siapa patut kita kongsi dulu? Tak kiralah berita baik ke berita buruk ke? Kadang-kadang tu berita baik untuk kita tetapi berita buruk untuk orang lain. Persoalannya dengan siapa patut kita kongsi dulu? Zaman sekarang ni, kebanyakkan orang lebih suka share berita baik atau buruk di media sosial dulu. Tapi pada pendapat aku sebelum kita share berita baik or berita buruk ke, kena lah bagi tau orang yang kita rasa yang terdekat dengan kita sebelum kita post kat sosial media. Kadang-kadang berita yang kita sangka baik untuk kita, tapi menyedihkan untuk orang lain. Especially untuk orang yang terdekat dengan kita.  Kita kena amik kira perasaan orang yang terdekat dengan kita. Apa perasaan orang yang terdekat apabila mengetahui tentang sesuatu di media sosial dahulu sama seperti rakan-rakan kita. Terkejut, kecik hati, sedih pun ada. Terasa seperti orang jauh pula, padahal kita nih adalah orang yang paling dekat. Rindu de

Makan-Makan: Manhattan Fish Market

Image
Cerita lama masa hari ibu bulan 5 haritu. Bawak mak aku pegi makan-makan sempena hari Ibu. Oleh kerana Johor cuti hari Jumaat & Sabtu, so g makan-makan hari Sabtu cos hari Ahad org keje gomen n budak-budak semua sekolah. Hari-hari adalah hari Ibu Kali ni aku belanja makan kat Manhattan Fish Market kat Aeon Kulai. Aku suka g Aeon Kulai sebab g situ tenang sangat tak rushing macam kat Aeon Bukit Indah. Masa bulan 3 & 4 Groupon ada sale kupon Manhattan Fish Market yang pada aku sangat berbaloi. Tiap kali masuk quarter of the year jer mesti tertunggu-tunggu kat Groupon Manhattan Fish Market nih.  Manhattan Star Platter Set. RM53.90 kat Groupon Manhattan Fish Market Grilled Gala. RM53.90 juga Yang ada telur tuh set Fishy Chicken Bang Bang. RM19.90 beli kat Groupon. Tapi yang set Lobster tuh aku beli tambahan Antara ahli rombongan Puas hati kali ni makan kat sini. Aku selalunya tunggu ada sale kat Groupon ler baru jejak kaki kat sini. Kalau tidak idak le

Kripap Sartin!

Image
Hahahha Kripap Sartin. Ske ati je mamak ni eja. Dulu 50 sen sekarang dah naik 80 sen. Semua benda dah naik. Tapi ok gak lah 80 sen karipap inti penuh. Besar lak tuh kira makan kenyang lah gak. Tapi aku tak brp gemar karipap restoran mamak. Karipap fav. nih besar & sedap inti kentang & telur separuh Karipap yang ni aku tak pasti kat mana. Tapi memang sedap. Rasanya kat area bukit kempas. Selalunya bos aku yang belikan. Intinya penuh n ada telur separuh. Karipap telur namanya. Katanya karipap nih famous masuk suratkhabar.  Karipap GST Tapi jangan ler jual karipap inti angin ngan bawang ye? tapi claim karipap sardin. Lebih baik jual karipap kecik tapi inti padat daripada karipap besar tapi inti angin je.

Kau kalau aku cakap bodoh kang marah pulak

Memang nak sangat up satu status 'berbalas pantun' kat Facebook.  Tapi nanti aku nih jadi 2 kali 5 macam dia jugak. Nasib baik ada blog boleh luah kat sini Nak up status tuh pandang kiri-kanan dulu anak-anak. Jangan tunjuk sangat status yang menunjukkan kebodohan dan kesombongan sendiri.  Ya, aku tahu ko ada mak bapak. Kerja pulak tuh. Boleh lah tanggung makan minum ko kalau ko tak kerja pun.  Orang suruh kerja dibawah level kelayakan ko tuh sementara jer. Cari duit poket. Sekurang-kurangnya ko ajak awek ko g dating takde lah pakai duit mak ko. Takde sapa suruh ko kerja selama-lamanya yang ko ckp tak setaraf dengan kelayakkan ko tuh. Sampai bila mak bapak ko nak tanggung makan minum ko? Bayar duit internet ko?  Alasan tersendiri ko tuh, alasan ko nak berjaga malam-malam main game kan? kalau aku jadi mak ko dah lama aku hempas laptop ko tu kat lantai.  Kalau ko tak puas hati dengan nasihat kitaorng nih diam-diam je dah lah. Aku ni macam oran

KFC Breakfast

Image
Pepagi makan dua ketul ayam Aku dah lama tak makan breakfast KFC. Salah satu sebab kenapa aku jarang makan KFC breakfast cos ada restoran tertentu dia tak jaga kualiti makanan. Bagi roti keras kalau baling kat dinding pun boleh pecah. Sebenarnya breakfast KFC lagi sedap daripada McD. Dulu ingat lagi KFC ada nasi lemak KFC. Sedap. Sambal nasi lemak KFC masa tu memang sedap. Tah kenapa KFC stop dah menu nasi lemak KFC tuh. Cuma bab kualiti tuh aku kurang gemar sikit bila breakfast nih.  So haritu adalah aku dah tak tau nak makan apa, so aku singgah ler KFC nak beli breakfast nih. Nampak ada menu nasi. So aku takde tanya terus beli. Dah lah tamak beli yang dua ketul ayam. So aku igtkan nasi lemak, sekali nasi ayam daaaa makan ngan sambal nasi lemak hihihihi. Tapi lapar punya pasal kita bedal jer lah ye. Sodap gak makan nasi ayam dengan sambal nasi lomak. Lagi satu bubur KFC pun sedap jugak ye. Tapi time breakfast je ada. Fries KFC paling sedap dan juga nugget ayamn

Gute Nacht!

Image
Dulu (sekarang pun masih lagi wajib) masa belajar kat UiTM, pelajar degree diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ketiga selama 3 semester.  Bahasa pertama dah tentu Bahasa Melayu. Untuk course aku memang wajib amik 3 semester Bahasa Melayu. Bahasa Kedua semestilah Bahasa Inggeris. Hanya ada masa 1st semester BEL berapa aku dah lupa ekekek College English namanya. Susah tahap gaban. Belajar grammar. Bahasa ketiga pulak ikut pilihan masing-masing. Masa daftar kat fakulti terkedu gak sebab kena belajar 3rd language. So kitaorg pegi ke Pusat Bahasa UiTM yang sekarang dah dikenali sebagai Akademi Pengajian Bahasa nak gi daftar kelas bahasa. Kat UiTM memang wajib amik 3rd language. Kalau tak amik tak boleh grad. Cadangnya nak register kelas bahasa Perancis. Sekali penuh dahhhh. Nak amik Mandrin kena campur dengan budak-budak engine. Masa zaman aku belajar tengah hangat dengan drama telenovela nih. So igt nak register kelas Spanish Language, sekali pun penuh gak. Yang kosong tinggal b

Sleep Studies

Image
Beberapa hari yang lepas aku ada appointment dengan salah sebuah Klinik Pakar kat General Hospital kat JB ni. Alah klinik pakar yang selalu aku pegi since 2012 yang banyak aku pos kat sini. Actually appointment aku lepas raya haritu. Tapi memandang tarikh appointment aku kena dengan tarikh orang nak audit kat office aku, so by hook or by crook aku mesti tukar tarikh appointment tuh. Alhamdulilah lepas pujuk rayu akhirnya aku dapat tukar. Tapi lewat sikit bulan September. Tapi before tuh kena bising dengan nurse-nurse kat situ sebab aku stop satu ubat ni sendiri. Aku terpaksa stop sebab ubat tuh buat aku pening kepala sampai nak hantuk kat dinding.  So bila tarikh appointment datang beberapa hari yang lepas, aku mula seram sejuk. Kalau korang ingat lagi aku memang takut nak jumpa sorang doktor pakar nih. Sebab dia garang. Kalau berat aku tak turun abislah kena jerit. Aku pulak sampai mempertimbangkan untuk stop dari jumpa doktor terus. Tapi bila fikir abis-abisan, ahhhh pekak k

Being single is not easy

Image
Kawan Shopping, tanggungjawab aku jugak Sejak akhir-akhir ni rasa macam malas nak taip kat blog nih. Tapi takmau lah sampai satu bulan takde pos apa-apa macam bulan Julai lepas. Nanti aku takda apa-apa memori untuk bulan itu. Ini kan open diari aku. Ramai orang ckp single ni life dia sgt mudah, senang, tiada tanggungjawab n macam-macam lagi. Well bukan untuk aku. Kadang-kadang aku rasa orang yang berfamily kehidupan dia lagi mudah berbanding jadi single. Mungkin bab tanggungjawab pada anak n suami itu kadang-kadang nampak agak berat tapi sebenarnya mudah sebab mereka mempunyai pasangan untuk bergantung antara satu sama lain.  Tapi tak boleh ckp aku tak ada tanggungjawab and life aku sangat easy. Kadang-kadang orang yang dah ada family selalu amik kesempatan dengan orang-orang single macam aku. Jangalah macam tuh. Sedih tau bila cakap aku balik cepat pun bukan ada sapa tunggu kat rumah. Aku pun ada family yang tunggu aku balik. Mak, kakak & anak saudara. Bukan nak m

1929 - 1998

Image
Aku n arwah ayah yg aku panggil Bak. Jumaat 28 Ogos jam 12.05 tengahari 17 tahun yang lalu aku kehilangan antara orang yang paling aku sayang di dunia ini, disaat family aku bergembira menerima ahli keluarga baru yang lahir seminggu sebelum dia pergi buat selama-lamanya.  Kegelisahan dan debaran yang tiba-tiba datang tepat jam 12.05 tengahari ketika aku menunggu abang aku mengambil aku daripada sekolah untuk ke hospital untuk menjaga dia rupa-rupanya satu petanda yang dia telah pergi buat selama-lamanya. Lemah longlai kaki aku bila melihat abang aku belari mengejar kereta yang aku dan emak aku naiki ketika melalui Blok Dahlia Hospital Sultanah Aminah yang menempatkan wad Cardiology Care Unit (CCU) disitu juga kelihatan sebuah kenderaan jenazah yang sedang menunggu. Masih terngiang-ngiang lagi tangisan mak bila abang aku memeluk dan memberitahu mak aku bahawa suami yang dia kahwini selama 40 tahun 8 bulan dan 3 hari telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.

Tragedi Julai

Image
Uwaaaaaaa Dua minggu lepas aku buat Jalan Skudai jem masa orang balik kerja. Puncanya daripada orang yang mengantuk bawak kereta. Masa tuh aku dah 3 hari sakit gigi. Siap dah buat appointment kat dentist fav. aku. Memang time tuh berdenyut2 je sakit gigi aku siap aku sendal ngan kapas sebab tak nak berlaga ngan pipi aku. Sampai kat area Kemayan City tuh aku nampak daripada cermin pandang belakang tuh ada satu kereta memang bawak gila-gila laju lah dok nak tukar lane kiri ke tengah. Aku pulak memang tengh slow sebab jalan memang sesak n jem. Tiba-tiba kereta tuh tukar lane tengah masuk belakang aku terus tekan minya laju gila. Aku memang secara kebetulan tengah tengok cermin pandang belakang tuh. Orang tuh bukan nak tekan brek makin dia tekan minyak terus langgar kereta aku. Terus aku terhantuk kepala aku kat stereng n seat aku. Makin berdenyut-berdenyut kepala aku. Alhamdulilah jarak aku ngan kereta depan agak jauh. Jadi aku tak langgar kereta depan. Yang aku geram tuh aku buk

Cerita Raya 2

Image
Pagi raya disini 1st day Raya, jadual aku bermula jam 4.30 pagi hantar mak aku pegi Dialysis. Dialysis tetap dylisis walaupun raya pertama. Raya pulak hari Jumaat memang jadual mak aku haritu. Tapi diorg start awal. Selalu pukul 7.00 pagi tapi sebab raya diaorang start pukul 5.00 pagi. Kitaorg yang pertama sampai ke tempat Dylisis. Lepas mak aku kena cucuk aku pun balik rumah nak tolong akak aku masak. Masa skrg ni cepat sangat berlalu kan? Pukul 9 pagi aku dah lari balik ke tempat dylisis amik mak aku balik n bawakan juadah hari raya untuk nurse-nurse yang bertugas kat situ. Abang-abang dengan adik masing-masing. Kecuali yg kanan sekali. Balik jer dari Dialysis aku g cari pasaraya yang bukak sebab khabarnya ayam kurma tak cukup. Raya pertama mana ada yang bukak kan. Nasib baik Pasaraya Songmart bukak. Kelakar betul semua orang tengok aku sebab aku sorg jer melayu dok belanja kat situ dengan muka tak mandi (memang tak mandi lagi pun). Balik rumah baru siap-siap. Nasib baik

Cerita Raya

Image
Ke laut diet aku! Raya dah nak abis baru nak keluar post pasal raya tahun nih. Cerita raya aku tahun ni nak start pasal juadah raya. Tahun ni agak stress masak untuk raya. Nak jadi cerita Allah dah bagi aku cuti awal so aku kena buat kerja sorang. Sorang ok. Akak aku tahun ni tak tahu lah kena sawan tidur kot. Kejap-kejap tidur. Pegi solat Zohor lepas tu tidur. Bangun masa dah nak Asar. Itu pun duk relax lagi. Arghh geram. So aku kena sediakan bahan-bahan untuk juadah raya. Nasib baik anak saudara aku ada so dia dah sediakan periuk n dapur untuk masak ketupat. makcik dia ke laut mengayam ketupat Seawal jam 6 pagi aku dah keluar pegi pasar dgn akak aku. Nasib baik pasar belum ramai orang. Senang sikit nak belanja. Lepas tuh pegi rumah akak aku kat Taman Kenanga amik ketupat yg siap dianyam. Upah anak-anak saudara aku anyam ketupat. Balik rumah dah pukul 8.30 pagi. Bersilat sorang-sorang kat dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak. Bersihkan ayam, potong daging, kupas n pot

Duit Raya

Image
Rezeki budak-budak Every year bos aku yang tak sambut hari raya ni bagi duit raya. Alhamdulilah. Walaupun dia tak sambut hari raya still dok fikir orang-orang yang sambut raya nih. Jumlah tuh bergantung kepada keadaan semasa dan ekonomi. Macam tahun lepas errrrr lumayannn. This year pun ok jugak lepas lah baju raya, kuih raya, hidangan raya n keperluan raya yang lain. Sejak 13 tahun kerja ngan dia memang dia tak pernah miss bagi duit raya kat staff-staff dia. Yang beza jumlah dia je. Tak sama tiap-tiap tahun. Kadang-kadang Raya Haji pun bagi jugak. Lepas tuh yang paling best bila time Deepavali pun dapat lagi.  Tapi this year special sikit. Sebelum dia pegi bercuti masa cuti raya haritu dia panggil sorg-sorg bagi sorang satu sampul kat atas duit yang telah ditukar kepada RM1. Masa tuh terpinga-pinga gak lah kan sebab tak kan dapat duit raya 2 kali kot? Rupa-rupanya bos aku nih bagi duit suruh bagi kat budak-budak yang datang rumah beraya. Alhamdulilah rezeki budak-budak yang d

Cerita Sebelum Raya 2

Image
Al-Fatihah Minggu pertama puasa aku menziarahi kubur arwah ayah aku. Dah lama tak ziarah. Last ziarah masa cuti hari buruh bulan mei harituh. Macam biasa hantar mak aku Dialysis dulu baru pegi kesini di Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Lepas tuh gerak ke Tanah Perkuburan Kebun Teh, menziarahi kubur arwah ibu saudara sebelah mak aku. Glup! Peminat-peminat durian mesti tau kan. Musim durian kali ni kena time bulan puasa daaaa. Tapi nasib baik 2 minggu sebelum puasa orang dah start jual. So boleh lah melantak dulu. Tapi tak boleh beli banyak-banyak n kerap macam dulu. Ini adalah buah larangan untuk mak aku. Bayangkan lah peminat durian tak boleh makan buah ni. Kalau nak makan pun seulas dua jer buat hilang ngencesss je. Kesian ngan mak aku kang dia terliur tgk kitaorg makan. So memang dah jarang beli lah. Beli pun sebiji dua je so kitaorang boleh makan sama-sama ngan dia. Yang kat atas nih akak aku beli masuk dalam bekas. Takdelah nampak sangat buah tuh tergolek-golek. Duit

Cerita Sebelum Raya

Image
Budak letih puasa Cerita Puasa. Budak kat atas nih, Mat Ayip try puasa penuh buat kali pertama tahun ni. Macam-macam dugaan nak suruh dia puasa penuh. 1st day puasa dia dah buat 'drama'. Pukul 5.30 petang mintak buka puasa siap golek-golek kat dapur cakap dia dah tak larat, dah lapar sangat n siap cakap kalau dia mati camner. Alahai Ayip, Ayip. Mak aku dah tak sampai hati dengar terus suruh buka. Tapi dia tak buka selagi tak dapat approval daripada Mama dia. Last2 akak aku bagi buka pukul 6.00 petang sebab tak sampai hati. 2nd day dia puasa sebab cousin perempuan sebaya dia puasa penuh. Terus rasa kejantanan dia tercabar hahaha. Alhamdulilah dapat 21 hari puasa penuh si Mat Ayip nih. Baki 8 hari semua buka pukul 5.00 petang ke atas. 1st time Dialysis time puasa Mak aku pulak pertama kali Dialysis time puasa. Alhamdulilah. Mak dapat complete puasa tahun ni. Walaupun agak letih, tapi oleh kerana dia ada selera makan time sahur so boleh bertahan lagi lapar dan dahaga

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Image
Anak-anak saudara or ada org panggil anak-anak buah Err rasanya tak terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Ampun maaf kalau ada salah dan silap dalam penulisan blog aku ni. Lama betul tak tulis apa-apa dalam blog nih. Sejak berblog tahun 2010 tak pernah aku tinggalkan blog tanpa apa-apa entry selama sebulan lebih. Tapi itu tak bermakna aku tak blogwalking ke blog lain. Cuma aku macam malas nak menaip. Cuma nak membaca je. Banyak benda yang belaku dalam masa 1 bulan lebih nih. Yang best dan yang tak best, yang medukacitakan semua ada. Raya pun tak rasa macam tak raya. Lepas hari Rabu nih baru rasa macam ada feel nak menulis lagi. Itu pun bergantung kepada keadaan. Tengah seram sejuk menanti hari Rabu. Pasal apa? Hanya aku je yang tahu huhuhuhu Walaupun tak berblog cpuv Nuffnang tetap tak berjalan. Tapi sekarang aku dah pakai ads baru. Google Ads. Trylah

Selamat Hari Bapa

Image
Selamat Hari Bapa Bak,  Terima kasih besarkan anak-anak Bak dengan ilmu dunia dan akhirat dan penuh kasih sayang.  Semoga Bak tenang di sana. Al-Fatihah 1929 - 1998 *Gambar diatas diambil di Istana Besar Johor Bahru 1986 selepas Majlis Perkahwinan Tengku Azizah Iskandar & Tengku Mahkota Pahang.

Salam 4 Ramadan 1436 Hijrah

Image
Iftar 2 Ramadan 1436 Hijrah Salam 4 Ramadan! Cepat dah 4 Ramadan kan? Maka cepat juga ler aku dah nak naik kerja. Kali ni aku amik cuti Jumaat sambung 1st Ramadan hari Khamis yang Johor dan negeri2 sewaktu dengannya yang amik sebagai public holiday. So sambung ler ke Sabtu & Ahad. Tapi kejap jer 4 hari tuh berlalu. Harini last cuti. Esok back to normal. Belum kena time kerja/puasa lagi nih. Tapi aku ok jer sebab dah praktis masa sebelum puasa hari tuh. Bayar hutang puasa. Time tuh lagi lah balik lambat. Memanjang buka puasa kat dalam kereta. Takdenya dapat teguk air kat rumah. Semua atas jalan. Tapi bulan puasa ok lah sebab memang balik awal kan. 1/2 jam awal.  Harap-harap bos aku memahami lah ek. Jalan kat JB nih bukan macam dulu. Jem jer dah skrg nih.

Resepi: Baked Potato

Image
Cerita lama nih. Baru nak post sini. Kat Facebook kan banyak post pasal resepi-resepi or idea-idea mudah untuk memasak kan. Ada satu hari tuh aku ternampak pasal post kentang bakar. Aku memang ada post tahun 2010 resepi kentang bakar aku n merupakan post nombor 1 dalam all time page views  dengan views sebanyak 21,257. Tapi yang tuh aku buat stail lain.  Kat facebook tuh gambar jer aku olah sendiri. Baked Potato nih aku slice tapi tak sampai habis. Bawah tuh kena cucuk dengan lidi so kita tau had untuk slice supaya tak terputus kentang tuh. Antara celah-celah kentang tuh, aku letak isi ketam. Tak tau nak letak apa n dalam fridge cuma ada isi ketam je. Selang selikan dgn keju. Cari keju Cheddar tak jumpa. Pasraya kecik tak jual. Yang ada keju slice tuh. Guna keju tuh. Sebelum tuh letak olive oil kat kentang-kentang tuh. Last sekali letak mayo. Lepas tuh bakar sampai masak. Berapa lama, berapa panas tuh aku main hentam je. Ini nama nya masa-masak semborono. hahahha Yang ni p

Ramdan 1436 Hijrah

Image
Selamat Menyambut bulan Ramadan 1436 Hijrah. Semoga Ramadan tahun ini memberi lebih manfaat dari tahun yang lepas.

Hati Tisu

Image
Hati aku ni sebiji macam tisu. Sangat beremosi. Tak boleh tengok yang sedih-sedih mesti dah berderai air mata. Tak tahulah kenapa sejak dah masuk umur 30-an nih air mata mudah sangat tumpah. Baca berita pasal sedih-sedih pun boleh bergetar suara macam sebak gitu. Sebab tuh aku tak suka baca berita bagitau kat orang, nanti keluar suara macam orang nak nangis. Lagi lah kat Facebook tuh macam-macam cerita ada.  Especially yang sedih tuh memang dah bergenang air mata aku.  Lagi satu aku tak boleh tengok orang tua masih berkerja. Pernah masa aku drive nampak satu pakcik tengah kayuh basikal, Ya Allah payahnya dia nak kayuh basikal. Sedih betul. Terus nangis aku time tu. Baru-baru ni aku pergi servis kereta, malas nak tunggu kat situ, aku tahan teksi nak pegi office habiskan kerja-kerja yang tertunggak. Kebetulan teksi yang aku naik pakcik yang dalam lingkungan umur 70-an. Sebaknya aku tengok pakcik tuh. Dah lah nak iras-iras arwah ayah aku. Dalam usia dia macam tuh masih lagi mencari r

Birth of Beauty

Image
Drama korea lagi hihihi. Sekarang nih tetiba rasa macam rajin plak nak tengok drama korea. Lepas drama korea Glorious Day , ganti dengan drama nih pulak Birth of Beauty. Sebelum layan drama nih kat ONEHD aku google dulu le drama ni plus tengok kat Youtube sekali, sekali macam best lak kan. Kat Korea drama nih dah tayang dari tahun lepas. Baru teringat ada satu episode Running Man diorg jemput semua pelakon drama ni. Hero baru aku hahahaha Drama ni mengisahkan seorang perempuan yang obes dan baik hati bernama Sa Geum-ran berkahwin dengan seorang lelaki bernama Lee Kang-joon. Tapi suami dia nih banyak abiskan masa di US atas sebab perniagaan dan Sa Geum-ran nih tinggal dengan keluarga laki dia yang layan dengan teruk. Laki dia gak ada affair dengan perempuan lain Gyo Chae-yon yang lagi sofisikated dan laki dia nak ceraikan kan si Sa Geum-ran nih. Dipendekan cerita Sa Geum-ran ni ternampak lah family laki dia layan baik gila Gyo Chae-yo, Sa Geum-ran yang tengah sedih nih terus