Masakkan ibu adalah masakan yang terbaik sekali didunia!

Nasi Goreng terbaik didunia!

Betul tak?
Memang tak dapat serupa tiru apa yang mak aku masak
Even dah ikut resepi dia satu persatu. Mesti ada terlebih garam lah, bawang lah.
Macam nasi goreng kat atas nih. Kalau akak-akak aku masak memang tak dapatlah rasa macam mak aku masak. Everything just nice jer. Semuanya secukup rasa. Walaupun dia cuma tumbuk bawang besar tuh 1/2 biji je tapi dapat semua rasa seimbang. Ngan rasa pedas, rasa belacan, rasa bawang, rasa ikan bilis & rasa telur. 

Jangan cakap anak-anak dia. Cucu-cucu dia pun selalu me'request' nasi goreng yang digoreng dari air tangan Tok Mak dia hihihihi. Mak aku ni mesti sediakan sarapan utk aku tiap-tiap pagi. Aku tak mintak ek  tapi naluri seorang ibu kan. Walaupun dah 71 tahun tahun nih tetap gigih sediakan sarapan untuk aku. Masa sekolah dulu pun sama. Tiap-tiap pagi mesti sediakan sarapan untuk aku. Mak aku surirumah tangga kan. Tapi utk yang bekerja jangan jadikan alasan bekerja untuk tidak menyediakan sarapan untuk anak. Aku tengok ada jer yang bekerja sempat. Macam ada orang terdekat ngan aku. 

Pesanan khidmat komuniti daripada orang bujang macam aku nih hahahah.

Yelah kan kalau hari2 bagi anak makan kedai nanti dah besar dia dah pegi belajar bila balik cuti kang dia cakap, Mak jom g makan kat kedai depan rindulah ngan air tangan makcik tuh'. Hah sentap tak korg nanti.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat