Posts

Showing posts from September, 2013

1-800-888-333

Image
Kalau delivery selalunya memang ngan Dominos lah. Kalau dengan yang lagi satu tuh macam lembab sikit. Dah lah lambat 1 jam ada plak benda yang dia tak hantar. Bila telefon kata nak hantar tapi sampai skrg tak dpt2 lagi. Serik ok! Plak tu kat umah aku tak cover ok. Nasib baik ada Dominos. Kat umah ke kat opis ke aku order pakai online jer. Kalau tak tulis kat status online tuh diorg bz, dlm masa 30 minit dah dpt pizza. Kalau lambat dapat kupon free. Lagi satu kalau kita dah order online kalau dalam status online tak tulih bz tapi actually bz diorg cepat2 call tanya still nak proceed ngan order or cancel. Macam tuh lah nak berniaga bukan nak untung jer. p/s: Ini bukan iklan berbayar. Sekian terima kasih. 

Alhamdulilah

Image
Result 1/2 tahun Ayip haritu. Homework dia dpt C sebab malas nak buat Punctuality tuh aku tak tau nak kata apa. Kalau  punctuality dtg sekolah dapat B memang tak patut sebab budak nih pukul 6.30 pagi mak dia dah hantar. Attendance plak so-so jer tapi rasanya dia dah lama tak memonteng sekolah. Alhamdulilah dah boleh baca sikit-sikit si Ayip nih. Kena banyak membaca tapi kalau dok beriPad jer camner kan. Last week dia exam akhir tahun. Fuhh camner lah result ko dikkk.

Jemput-jemput Udang

Image
Time petang2 goreng jemput2 memang sedap. Selalunya aku buat petang sabtu lah sebab petang lain aku kerja n petang ahad aku malas. Lagi satu petang sabtu ramai orang datang rumah aku kan. So memang wajib goreng jemput-jemput udang ni kalau takde menu lain. Memang laku ler nak-nak kalau ada tong sampah kurus. Tong sampah kurus tuh anak saudara aku. Kerja melantak memang serah pada dia. Tapi yang paling aku jeles makanlah banyak mana tak gemuk2 pun. Kurus je. Jemput-jemput nih senang jer. Aku tak reti tang sukat-sukat nih. Tepung, udang, bawang yang didadu, kentang didadu, ikan bilis tumbuk, garam sikit dibancuh ngan air. Agak2 macam pekat boleh lah digoreng jadi jemput-jemput Kalau nak lembut bancuh ngan air panas sikit. Nanti bila makan macam melting jer dalam mulut. Ok! petang nanti mesti kena buat. Pastu masak sambal tumis sekali Alahaiiii

Jangan dicontohi budak ini

Image
Makan pun nak tengok iPad. Mata dah berkelip2 jer sebab banyak sangat tengok iPad. Dah tak boleh dilarang, sure menjerit. Tapi kadang2 kalau dah bosan sehari tak sentuh iPad dia. Sekarang nih dah betulkan basikal dia. Bio dia pusing2 bawak basikal.

Resepi: Pecel Ikan Pari

Image
Pernah makan Pecel tak? tak kiralah Pecel Ikan Pari ke, Pecel Ayam ke. Pecel nih lebih kurang macam masak lomak lah tapi sikit lain. Resepi orang Jowo nih. Pecel nih memang favorite aku nombor 1. Lebih-lebih lagi kalau mak aku yang masak. Alahai sedapnya. Bahan-bahan 1 potongan panjang ikan pari (Ikan Pari yang besar tau bukan Tuka) 5 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar 3 biji bawang putih 1/2 inci belacan 1 biji santan (amik santan pekat n cair) Garam dan bahan perasa secukup rasa Cili padi (ikut pedas) Daun cekur Cara-cara - Mula-mula bakar Ikan Pari bersama bawang merah/ besar, bawang putih & belacan sampai masak. - Bawang merah/besar, bawang putih & belacan yang dah dibakar tuh ditumbuk ngan cili padi. - Panaskan periuk, masukkan ikan pari yang telah dibakar, santan cair, bahan-bahan yang ditumbuk, garam n bahan perasa masak sampai mendidih. - Dah mendidih masukkan santan pekat n daun cekur. - Kacau sampai sebati n pa

Semoga semuanya OK

Image
Dah lama tak gi sini. Kalau buleh aku nak hindari pegi sini. Sedih. Aku yang seumur hidup tak pernah admit spital kena tidur sini temankan mak aku.  Last gi sini last year mak aku & akak aku admit sini. Mak aku ada masalah ngan buah pinggang n akak aku plak patlet darah dia turun. Alhamdulilah, dua2 dalam keadaan sihat sekarang.  Tapi, haritu g sini lagi, kali ni hantar akak aku lagi sorg. Jantung dia rasa lain katanya. Kepala pun sakit tak baik2. 10 tahun yang lalu dia kena camni gak. Siap rendam kepala dalam air batu lagi. Kali nih kena lagi.  Subuh2 dah call aku mintak tolong aku bawakkan dia g Johor Specialist. Padahal aku ngan dia satu rumah, aku kat atas dia kat bawah. Lepas Subuh terus hantar dia. Masuklah emergency room kejap. Lepas jumpa pakar cardio, buat CT scan semer takde apa yang problem. Cuma ada sedikit lubang air kat otak akak aku nih. Nak jumpa pakar neuro plak takde haritu. Cuti. So diorg bagi reference letter gi Puteri Special

iOS 7

Image
Sapa-sapa yang pakai jenama apple dah tukar iPhone, iPad or iPod korg ngan iOS 7? Aku sudah. Suka sangat ngan interface baru apple Walaupun peminat android dok sibuk ckp diorg dah lama ada, tapi aku peduli apa. Mula-mula masa apple keluar smart phone tahun 2007 nih memang tak berminat sangat nak beli. Sebab masa tuh aku peminat tegar Nokia. Tapi bila N8 aku asik lag je sampai org call pun tak boleh angkat baru aku pikir nak tukar brand lain. Plak tuh aku baru beli iPad n terpersona ngan kesimplelan iOS nih.  Guna barang apple nih tak susah mana sebab dia cuma ada 1 button je. Simple sgt. Org tak biasa ngan smartphone mesti takde problem guna iPhone. Tak caya cer tanya boss aku. Dulu masa bos aku guna Galaxy S2 abis dok marah2 tak tau guna handphone tuh. Siap dibaling2nya hp tuh. La nih tukar iPhone 5 senyap je tak banyak tanya. Senang katanya handphone tuu.  Paling penting kepala aku tak pening ajar boss aku guna hp S2 yg aku pun pening kepala m

Tempat paling 'mewah' budak umur 5 tahun

Image
Tempat 'melepak' budak umur 5 tahun Ngan bantalnya, tilamnya, toysnya & iPadnya. Disusun elok-elok konon tempat melepak n cari ilhamnya. Pastu tengok kartun kat Youtube ngan robot2 Transformernya. Macam lah robot2 tuh paham dikkkk! *Start harini signature blog aku nih aku berhentikan. Gara2 blogger nih upload gambar signature aku nih background tak putih. Gerammmnyaaa

Kalau lah...

Image
*Tongkat dagu n mata pandang atas sambil air liur meleleh* Mode: Berangan

Bagelan Special Cheese

Image
Roti kering nih lah yang aku cerita kat post trip aku gi Bandung haritu. Sedap gila ok roti kering nih. Mula-mula ingat tak sedap keras ke apa. Rupa-rupanya rangup dan rapuh jer. Sedap gila lah.  Mana nak cari  bagelan special nih kat Malaysia?

Resepi: Bihun Goreng Putih

Image
Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Pokai!

Image
Makassar, Indonesia Heeeee camner long weekend korang haritu? Mine was sooo fine.  Yelah kan jenjalan jauh katakan. Duit pun jalan jauh gak. Hah pokai! pokai! pokai! (tau kan apa makna pokai?) Yang ini baru bukan autopost. Yang ini memang baru taip. Fresh dari oven. Actually cuti weekend plus Hari Malaysia tuh aku pegi ke satu destinasi yang bukan pilihan rakyat Malaysia iaitu Makassar, Indonesia. Gi sana pun sebab nak tengok anak saudara aku belajar medic kat sana. So sebelum dia back for good next year baik kitaorg g melawat tempat dia. Nanti lah aku post cerita trip aku gi Makassar nih. Sebab post tuh kena tunggu giliran. Ekekek banyak cerita pending sebelum trip Makassar ni. Huwarghhhh ngantuk dah. Tidur dulu lah ya huhuhuhu Next trip plak? Insha Allah SHANGHAI!

The Master's Sun

Image
Warning! Spoiler Alert! Lama tak post pasal drama korea kat blog aku nih kan. Last drama yg aku post pasal drama King of Ambition. Bukan tak layan drama korea. Layan lagi tapi tak sampai nak buat post kat blog nih ler. Pastu layan drama korea pun ujung-ujung jer nak abis drama tuh ekeke. Tapi aku skrg tengah gila dengan drama The Master's Sun nih. Dah lama dah drama ni di promo kat Astro ONEHD tuh. Mula-mula macam takut nak tengok sebab macam cerita hantu kan. Bila aku tanya akak aku dia cakap tak tengok pun takpe. Tapi camner tah leh tertengok plak sebab akak aku ada mem'PVR' drama nih. Ampeh tull akak aku best gilaaaaa drama nih! Drama ni ada elemen kelakar-seram-romantik. Comel jer So Ji Sub ngan Gong Hyo Jin. Plus the only Drama Korea yang aku boleh tengok berulang kali. Seriuss tak bosan langsung. Episode 12 - Pada yang belum tengok online agak2 bayang-bayang roh sapa tuh. Drama nih kat Korea dah Episode 12. Ada 16 episode semua sekali. Disiar

Catatan Perjalanan: Bandung Part 5 (Last Part)

Image
Crown Premier Lounge @ Bandung Airport Diigtkan kembali post2 Bandung aku ni adalah autopost. Ikutkan bila auto post nih di post di Blog aku jam 12 malam, aku baru jer sampai rumah dari Airport Senai. Itupun kalau sempat yer. Kalau tak sempat jawabnya flight pagi lah aku naik lepas tuh terus pegi keje. Fuhh penat betul.  Ok berbalik cerita pasal Bandung, balik jer ke Hotel lepas makan maka operasi mengpacking barang bermula. Pening jugak beb sebab hanya bag 15kg jer beli kat Air Asia. Pegi Bandung bag 15kg memang tak boleh lah lagi pegi 5 orang plak tuh. Tapi setelah kuar masuk semer, Alhamdulilah muat. Lagipun bag yang bawak naik flight boleh 7kg kan. bukan penagih kopi Oleh kerana flight balik Malaysia pukul 8 pagi, so awal-awal pukul 6 pagi dah siap tunggu kat bawah hotel tunggu teksi datang. Pihak hotel dah arrange kan teksi datang utk bawak ke airport. Sampai jer kat airport, lepas drop bag n bayar tax terus pegi ke kaunter imigrasinya tapi tak bukak lagi. P

Catatan Perjalanan: Bandung Part 4

Image
Depan kilang Kartikasari Lepas melawat-lawat kat Factory oulet tuh kitaorang pergi ke Kilang Kartikasari. Kartikasari nih terkenal dengan kek, biskut dan pastry. Aku gi sini pun sebab anak saudara aku kirim kek brownies. Katanya sedap. Tapi memang serious sedap rambang mata tengok kek n pastry kat sini. Yang paling sedap sekali roti kering salut gula tuh. Serious sedap gilaaa. Gila pun tak sedap macam tuh. Dah tuh beli 2 bungku jer. Kalau tau sedap gila macam tuh memang aku beli banyak. Roti kering tak berapa manis sangat lepas tuh rangup yang lembut (ada ke?) orang 'besi' nak balik Lepas je beli belah kat Kartikasari, nampak plak orang-orang besi nih nak balik. Masa siang nampak diorang tengah kutip derma kat tepi jalan. Macam untuk rumah panti asuhan je. Kawan-kawan akak aku sempat plak amik gambar dengan diorg. Aku n akak aku dah tak larat. Badan pun dah melengas jer. Tapi nasib baik Bandung tak berapa panas sangat. Rumah Mode Destinasi seterusnya

Catatan Perjalanan: Bandung Part 3

Image
landasan keretapi Lepas puas berbelanja kat Kopo Indah tuh, kitaorang proceed semula ke pusat bandaraya Bandung (ye kot?). Masa ni memang duit Rupiah dah nak abis so mintak Pak Doli hantarkan kitaorang ke tempat tukaran wang. macet! Jalan-jalan kat Bandung nih memang sesak. Sampai nak lintas pun memang boleh jadi batu lah kot. Pak Doli plak parking kereta kat seberang jalan tapi nasib baik dia tolong kitaorang lintas. Tukar duit kat Indonesia macam lagi besar lah plak. Lepas tukar duit tengok jam dah pukul 11 pagi lebih. Time nih lah plak aku dapat call dari Malaysia. Biasalah kan kalau tak namanya aku ni memang tak sah kalau tak dapat panggilan dari office tanya pasal kerja. Nasib baik masa aku g umrah dulu tak kacau aku. Rumah Gabenor Bandung. Oleh kerana Restoran yang kitaorang nak pegi tuh tutup so Pak Doli ajak pegi makan kat restoran lain. Tapi sebelum sampai tuh dia round-round dulu kat kota Bandung nih. Kalau kereta berhenti kat traffic light memang ram

Catatan Perjalanan: Bandung Part 2

Image
Orange Hotel @ Bandung, Indonesia Sampai jer kat Bandung masa tuh dah nak dekat pukul 10 malam. Imigrasinya alahai panjang berjela betul. Tapi oklah bila orang Malaysia jer pantas gitu kasi lepas. Tapi kalau warganegara lain lama betul kena interbiu. Kitaorang nih pegi semua perempuan yang lelaki pun baru umur 5 tahun. So memang family kat Malaysia tuh ada yang risau gak kan. Sepatutnya masa sampai pihak hotel kena amik kitaorang kat airport tapi nan hado. So terpaksalah deal sendiri ngan pak supir sapu yang banyak ada kat airport tuh. Mula2 risau gak kan. Tapi nasib baik pak supir yg kitaorg deal tuh jujur orangnya. So sampailah kitaorang ke hotel. Yang uruskan bab hotel adalah kawan akak aku sebab dia dah pernah pegi Bandung so dia yang uruskan. Book melalui internet. Such a nice hotel actually. Walaupun ada cacat cela kat bilik tuh tapi duduk waktu malam nak tidur jer kan. Lagipun murah 1 hari 2 malam baru RM150. Kawasan rumah nih terletak ditengah-tengah