Catatan Perjalanan: Bandung Part 5 (Last Part)

Crown Premier Lounge @ Bandung Airport

Diigtkan kembali post2 Bandung aku ni adalah autopost. Ikutkan bila auto post nih di post di Blog aku jam 12 malam, aku baru jer sampai rumah dari Airport Senai. Itupun kalau sempat yer. Kalau tak sempat jawabnya flight pagi lah aku naik lepas tuh terus pegi keje. Fuhh penat betul. 

Ok berbalik cerita pasal Bandung, balik jer ke Hotel lepas makan maka operasi mengpacking barang bermula. Pening jugak beb sebab hanya bag 15kg jer beli kat Air Asia. Pegi Bandung bag 15kg memang tak boleh lah lagi pegi 5 orang plak tuh. Tapi setelah kuar masuk semer, Alhamdulilah muat. Lagipun bag yang bawak naik flight boleh 7kg kan.


bukan penagih kopi

Oleh kerana flight balik Malaysia pukul 8 pagi, so awal-awal pukul 6 pagi dah siap tunggu kat bawah hotel tunggu teksi datang. Pihak hotel dah arrange kan teksi datang utk bawak ke airport. Sampai jer kat airport, lepas drop bag n bayar tax terus pegi ke kaunter imigrasinya tapi tak bukak lagi. Pukul 7.30 katanya baru buka. Masa tunggu tuh datang lah sorang perempuan nih pakai kebaya tanya nak tunggu kat Premier Lounge tak tapi kena bayar RP75,500 lebih kurang RM20++ kot.

breakfast

Kat Crown Premier Lounge nih mudah sikit. Pintu gatenya pun dekat tak payah naik tangga tunggu. Semua urusan diuruskan oleh pekerja-pekerja kat situ mcm cop passport semua. Lagi satu masa tunggu tuh disediakan breakfast n wifi free. Dinasihatkan kalau ada kekosongan kat sini memang boleh direkomen kan tunggu flight kat sini. Mudah n selesa.

ibu & anak

Bila time nak boarding nanti pekerja kat situ akan umumkan n ada sorg pekerja Airasia tunggu kat pintu gate crown premier lounge nih. Memang sangat senang takyah turun2 tangga nak ke pintu gate.

kepenatan

Tepat jam 8.15 pesawat air asia pun terbang bawak kitaorg pulang. Ayip yang kepenatan sebab bangun awal n melompat2 kat lounge tadi pun tertidur. Tapi kesian asyik terkejut jer sebab budak2 belakang dia tendang kerusi dia. Kepada ibu bapa yang bawa anak-anak kecil tuh sila lah pantau anak-anak anda ya. Janganlah buat bodo jer tengok anak anda tendang kerusi depan. Kalau anak anda atau anda diperlakukan macam tuh sure marah kan? Tapi dalam kes nih budak2 duduk ngan bapak dia tapi bapak dia buat bodoh jer. aishhhhh Nasib baik ayip baik tak buat perangai atas kapal terbang.

So oleh itu sekian sahaja laporan aku dari Bandung. Jika ada umur yang panjang Insha Allah nak repeat lagi holiday kat Bandung nih. Bukan apa kain2 kat Kopo Indah tuh memanggil2 ekekekeke

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih