Catatan Perjalanan: Bandung Part 4

Depan kilang Kartikasari

Lepas melawat-lawat kat Factory oulet tuh kitaorang pergi ke Kilang Kartikasari. Kartikasari nih terkenal dengan kek, biskut dan pastry. Aku gi sini pun sebab anak saudara aku kirim kek brownies. Katanya sedap. Tapi memang serious sedap rambang mata tengok kek n pastry kat sini. Yang paling sedap sekali roti kering salut gula tuh. Serious sedap gilaaa. Gila pun tak sedap macam tuh. Dah tuh beli 2 bungku jer. Kalau tau sedap gila macam tuh memang aku beli banyak. Roti kering tak berapa manis sangat lepas tuh rangup yang lembut (ada ke?)

orang 'besi' nak balik

Lepas je beli belah kat Kartikasari, nampak plak orang-orang besi nih nak balik. Masa siang nampak diorang tengah kutip derma kat tepi jalan. Macam untuk rumah panti asuhan je. Kawan-kawan akak aku sempat plak amik gambar dengan diorg. Aku n akak aku dah tak larat. Badan pun dah melengas jer. Tapi nasib baik Bandung tak berapa panas sangat.

Rumah Mode

Destinasi seterusnya adalah di Rumah Mode. Rumah Mode nih lebih kurang macam JPO tapi kat JPO memang banyak barang branded. Tapi yang istimewa kat Rumah Mode nih dia punya ambiance dia sangat2 best. Nampak sangat esklusif jer. Dinasihatkan pegi Rumah Mode nih time malam jer. Lawa-lawa sangat ngan lampu.

Tenang je kat sini

Aku tak masuk kedai. Cuma duduk kat luar jer. Kaki pun da sakit akibat banyak berjalan kat Pasar Baru. So aku melayan anak saudara aku main ipad kat luar kawasan. Masa aku gi sini ramai aku jumpa orang Malaysia. Tempat nih macam tempat orang-orang kaya Indonesia mebeli-belah kot. Tengok diorg yang ada bawak maid tuh rasa macam tengok sinetron plak ekekek.


exterior design dia pun lawa

Kat sini ada banyak tempat yang boleh lepak kalau membeli belah. Ngan pokok-pokok yang besar so memang meredupkan suasana. Kitaorang tak beli apa-apa pun kat sini. Sebab dah abis duit kat Kopo Indah & Pasar Baru. So kat sini tengok-tengok jer. Lagipun JPO ada kan. Akak aku cakap harga baju-baju kat dalam nih boleh tahan murah gak tapi oleh kerana ada 15kg jer kan so memang tak boleh shopping hebat2 ekekekeke.

bye2 jumpa lagi!

Lepas penat meround kat sini n puas amik gambar semer barulah proceed untuk destinasi terakhir iaitu Makan! Pak Doli suggest kitaorg makan kat Restoran Sunda yang terkenal kat Bandung nih.

Restoran Sangkuriang

cer tengok menunya

Masa nih memang dah penat plus lapar so memang tak sabar betul tunggu makanan. Nasib baik servis ok. Kitaorang ajak Pak Doli join sekali makan siap mintak dia pilih dalam menu nak makan apa. Yang dia pilih Nasi Goreng ngan air apa aku lupa teh kot. 

muka akak aku yang dah kepenatan

ikan gurame kukus dah sampei!

Kitaorang order 2 ikan gurame, sup ekor sapi, sayur kat atas tuh, nasi goreng untuk ayip. Yang dicari actually Ikan Gurame tuh. Masa sampai haritu kitaorang ada tapau ikan gurame kat satu restoran dekat ngan hotel. Perghhh sodap gila. Yang itu ikan gurame nya di goreng yang ini macam di kukus n letak dalam hotplate.

Bila tengok gambar nih seram plak aku tengok mata ikan nih.

Masa aku datang tuh Restoran masih tak ramai orang. Yang ada satu family orang Indonesia. Kayaknya seperti orang-orang kaya gitu. Tapi lepas dapat makanan jer mula lah orang ramai datang n kebanyakannya pelancong-pelancong dari Malaysia. N restoran nih suasana nya sangat ok. Ada banyak pilihan tempat duduk. Nak duduk bersila dalam pondok pun ada n sangat besar restoran nih. Makan kat restoran nih dalam Rupiah 370,000 lebih kurang RM100 lebih gitu.

Lepas makan jer terus nak balik hotel. Tapi ada plak orang jual Angklung kat luar restoran nih. Siap ngan kertas panduan lagu2 lagi. Apa lagi akak aku n kawan2 dia sapu sorg satu. Murah jer angklung tuh tak silap RM30 duit Malaysia.

Oklah sambung Part 5.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih