Cara bezakan jantina ketam

geram tak tengok ketam kat atas
#throwback gambar pesta ketam 2011

Dulu masa nak cari ketam mesti g KIPMART Tampoi (pasar famous kat JB nih).
Sekarang nih dah tak lagi sebab kedai runcit n kat pasar tani area rumah aku da jual ketam fresh2 lagi. Beberapa tahun yang lepas aku g KIPMART cari ketam ngan member aku.
Masa tuh sibuk mengajar kawan aku nih camner nak beza jantina ketam nih.
N satu lagi aku dok pilih ketam betina je.
So orang kat sebelah aku nih pun terdengar perbualan aku n tanya apa spesel ketam betina.

Bang, nak tau ke apa spesel ketam betina? tuh gambar kat atas. 
Ketam betina ada telur. Sedap wehhhh.
Tapi isi ketam jantan lagi sedap n padat.
 So pada sesiapa yang tak tau beza ketam jantan n betina meh aku ajar.


Yang ini ketam jantan. Kaler dia biru-biru sikit.
Tapi kalau ketam bunga kaler dia camnih. Kalau ketam nipah kaler coklat kan.
So nak tau beza kat belakang badan ketam tuh belakang yang sambung ngan cengkerang tuh panjang sikit.


Yang ini plak ketam betina. 
Kalernya gelap2 sikit. Tapi ketam bunga memang kaler camnih kan.
So nak tau beza yang kat belakang badan ketam tuh bentuk nya bulat2 sikit hihihihi.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji