Catatan Perjalanan: Bandung Part 2

Orange Hotel @ Bandung, Indonesia

Sampai jer kat Bandung masa tuh dah nak dekat pukul 10 malam. Imigrasinya alahai panjang berjela betul. Tapi oklah bila orang Malaysia jer pantas gitu kasi lepas. Tapi kalau warganegara lain lama betul kena interbiu. Kitaorang nih pegi semua perempuan yang lelaki pun baru umur 5 tahun. So memang family kat Malaysia tuh ada yang risau gak kan.

Sepatutnya masa sampai pihak hotel kena amik kitaorang kat airport tapi nan hado. So terpaksalah deal sendiri ngan pak supir sapu yang banyak ada kat airport tuh. Mula2 risau gak kan. Tapi nasib baik pak supir yg kitaorg deal tuh jujur orangnya. So sampailah kitaorang ke hotel.

Yang uruskan bab hotel adalah kawan akak aku sebab dia dah pernah pegi Bandung so dia yang uruskan. Book melalui internet. Such a nice hotel actually. Walaupun ada cacat cela kat bilik tuh tapi duduk waktu malam nak tidur jer kan. Lagipun murah 1 hari 2 malam baru RM150.



Kawasan rumah nih terletak ditengah-tengah kawasan perumahan kat Kota Bandung nih. So kalau korg nak duduk hotel nih bukan lah kat tepi jalan yang senang nak cari pengangkutan awam ye. Memang kalau gi sini dinasihat menempah pak supir bersama avazanya. Masa check in tuh siap-siap cakap ngan orang hotel yang kitaorang nak kenderaan esoknya n dapat dengan harga RM150.00 selama 12 jam.

nak keluar dari kawasan hotel

Kitaorang dapat driver nama Pak Doli. Baik Pak Doli nih, Alhamdulilah dapat driver yang jujur n baik. Sanggup dia layan kerenah kitaorang dari jam 8 pagi sampai nak 9 malam. Terlebih ko 12 jam. Tapi kitaorang ada bagi duit lebih sikit sebagai sagu hati. 

Kat Bandung nih Subuh nya dalam pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi tuh dah terang macam pukul 6.30 kat Malaysia Barat ekekeke. Lepas tuh sejuk sangat ya. Aku tak pakai aircond pun malam. Sebab sejuk sangat.

anak-anak mau ke sekolah

Lepas jer breakfast kat Hotel, kitaorang menunggu avanza yang kitaorang sewa datang. Masa menunggu tuh datanglah orang-orang duduk depan hotel jual souvenir agak mahal lah actually. So jangan terpengaruh lah yer kalau nak beli fridge magnet tuh boleh lah sebab masa tu designnya lawa2 plak.

cari rezeki yang halal
Sampai jer kereta sewa n pemandu Pak Doli, kitaorang dibawak ke destinasi yang pertama iaitu di Kopo Indah tengok kain-kain murah-murah kat situ. Tapi nak menuju ke sana tuh macet gitu atau dalam bahasa Malaysia, JAMMED. Orang bawak motor kat sini memang terer lah. Kagum plak. Diaorang nih macam dah ada mutual understanding plak sesama diorg.

menunggu
Jauh gak perjalanan ke Kopo Indah nih. N dalam perjalanan tuh ada kereta-kereta kuda yang menunggu pelanggan-pelanggan. Tapi kota Bandung memang sesak sangat. Tak kira lah pagi petang siang n malam memang sesak betul.

antara kain-kain yang dijual

Sampai jer kat Kopo Indah nih, aku ingatkan shopping complex ke kedai ke apa rupanya rumah yang dijadikan kedai. Masa aku datang tuh baru ada satu van pelancong dari Malaysia gak. So masa tuh tak berapa ramai lah cuma ada kumpulan pelancong dari aku n van yang satu lagi.


orang Malaysia datang habis bersepah terus

Siyes memang rambang mata datang kedai nih. Tapi oleh kerana aku datang awal so yang lawa-lawa dah disapu dulu oleh geng2 aku ekekeke. Kain-kain nih RM30 duit Malaysia. Akak aku hantar baju nih kat tailor tanya mana beli n berapa RM. Kalau kat Angsana nih RM90 pun ada kot. Memang tak tau nak pilih yang mana satu. Pulak tuh kitaorang cuma beli 15kg je bag ngan Airasia memang masak ler kan.


pilih jangan tak pilih

Masa nih aku tengok jer. Beli lah beberapa pasang untuk akak-akak n anak-anak saudara aku. Nak beli banyak mengenangkan cuma beli 15kg jer untuk 5 orang. Nyosal betul kan. Tapi ada hikmah gak. Kalau tak habis duit jer shopping kat Bandung. Tapi memang lawa-lawa lah kain nih ngan sulaman yang halus n ada manik2 n labuci yang tak keterlaluan. Lama gila ok kitaorang kat sini. Dari pukul 9 sampai membawa ke pukul 11 ekekekekek.

Oklah sambung Part 3

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih