Catatan Perjalanan: Bandung Part 3

landasan keretapi
Lepas puas berbelanja kat Kopo Indah tuh, kitaorang proceed semula ke pusat bandaraya Bandung (ye kot?). Masa ni memang duit Rupiah dah nak abis so mintak Pak Doli hantarkan kitaorang ke tempat tukaran wang.

macet!

Jalan-jalan kat Bandung nih memang sesak. Sampai nak lintas pun memang boleh jadi batu lah kot. Pak Doli plak parking kereta kat seberang jalan tapi nasib baik dia tolong kitaorang lintas. Tukar duit kat Indonesia macam lagi besar lah plak. Lepas tukar duit tengok jam dah pukul 11 pagi lebih. Time nih lah plak aku dapat call dari Malaysia. Biasalah kan kalau tak namanya aku ni memang tak sah kalau tak dapat panggilan dari office tanya pasal kerja. Nasib baik masa aku g umrah dulu tak kacau aku.

Rumah Gabenor Bandung.

Oleh kerana Restoran yang kitaorang nak pegi tuh tutup so Pak Doli ajak pegi makan kat restoran lain. Tapi sebelum sampai tuh dia round-round dulu kat kota Bandung nih. Kalau kereta berhenti kat traffic light memang ramai orang yang berjualan kat traffic light. Yang kesian bila nampak budak-budak masih kecil2 mintak sedekah kat traffic light.

Rumah Tas

Sebelum pergi makan Pak Doli bawak kitaorang pergi ke satu kedai yang jual designer bag & kasut gred AAA yang dinamakan Kedai Tas. Kedai 2 tingkat nih tak amik plak aku gambarnya kan. Tapi aku bab handbag nih memang kureng sikit ler kan so aku just follow akak n kawan2 akak aku tengok bag. Ada 1-2 bag yang tergoda gak. Tapi mengenangkan fulus tak berapa memberangsangkan so memang pendam jer lah niat ek.

Lunch plak

Untuk lunch Pak Doli bawak kitaorang makan kat satu Restoran masakkan Padang kat Bandung nih. So biasalah kan bila Nasi Padang nih semua lauk dia bawak keluar. Kitaorang makan 6 orang termasuk Pak Doli. Belanja dia sekali makan. Macam tak sedap plak dia tunggu kat luar kitaorang makan. Masakan kat restoran nih biasa-biasa sahaja. Tapi ada satu dua lauk yang memang sgt lah sodap. Kat sini kalau tak order air lain dia bagi teh takde gula. Ekekeke memang tak masuk tekak aku ler. So memang kena side order air. Makan kat sini harganya kira boleh lah. Sorang Rupiah 100 ribu.


Pasar baru plak

Lepas makan ada orang jual pen yang boleh ukir2 nama kat luar Restoran. RM10 duit Malaysia termasuk ukiran. So menunggu lama ler cikgu cikgi nih beli pen buat souvenir utk kengkawan diorg. Lepas dah siap semua kitaorang proceed ke Pasar Baru plak. Pasar yang paling terkenal kat Bandung nih. Perjalanan ke sana memang sangat2 lah sesak. Nak dapat parking kat dalam Pasar Baru tuh pun payah. Dah lah parkingnya naik keatas di tingkat 7. Gayat mak tau.

Jammed!

Nasib baik Pak Doli dapat parking betul-betul depan pintu masuk Pasar Baru nih. Naik naik ke parking pun jem. Banyak betul kenderaan yang bawak pelancong dari Malaysia. Yelah mana tak ramai naik flight pun penuh jer orang Malaysia.

Pasar baru

Pasar Baru nih tak silap aku setinggi 7 tingkat kot. Memang macam-macam barang keperluan dijual kat sini. Harganya pun berpatutan. Nak cari telekung pun memang banyak sekali. Kain-kain pun lawa2. Kalau nak kahwin cari baju nikah boleh lah cari kat sini sebab kainnya harga murah. Tapi penat jangan ceritalah ye. Sakit kaki aku nih. Dahlah takde kerusi yang boleh duduk. Si Ayip siap mintak mak dia dukung lagi sebab tak larat nak jalan. Aku tak beli apa pun kat sini. Beli t-shirt n handbag untuk mak aku. Pelik jugak aku nih kan sebab aku actually tak beli sovunier untuk diri sendiri pun. Pasar Baru nih tutup pukul 5 sebab diorg pukul 6 dah maghrib. So kira dah gelap.



Lepas dari Pasar Baru kitaorang proceed plak ke Factory Outlet yang ada kat Bandung nih. Tapi sebab tak larat 2 Factory Outlet jer yang kitaorang pegi. Penat oooooo kaki. Nasib baik ada kenderaan kalau jalan kaki mau mak pengsan.

Oklah sambung Part 4 lah plak

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat