Resepi: Bihun Goreng Putih


Bihun Goreng Putih adalah fav. aku.
Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi
Resepi nih simple jer

Bahan-bahan
1/2 bungkus bihun dicelur
1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Lada hitam/Lada putih 
(ikut suka nak pedas macam mana)
Sedikit ikan bilis
(4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar)
Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej
(bahan rencah ikut suka)
Sayur sawi
Sebiji telur
2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi)
Sedikit sos tiram
1 Kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara
Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau
Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej)
Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air.
Masak sampai bahan-bahan rencah masak.
Masukan sawi dan pecahkan telur
Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata.
Sedia untuk dihidangkan!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji