Lemak Ketam & Ikan Bakar

amacam lemak ketam aku? pecah santan tak? ekekekek
Ketam adalah one of my fav. seafood. 
Walaupun banyak kolestrol tetap aku hadap jugak ketam nih.
Yang penting pil kolestrol yg dpt free dari spital kerajaan jgn lupa makan.
Mak n akak aku suka masak cili crab tapi aku suka masak lemak.
Kalau ketam tuh aku yang beli sorry lah ek
Memang aku masak lomak lah.

Ketam Masak Lemak Nenas

5 ekor ketam yang telah dibersihkan dan dibelah dua.
1 ulas bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1/2 inci belacan
3-4 biji lada padi (kalau nak pedas)
*bahan-bahan kat atas nih ditumbuk sampai lumat

Nenas (ikut suka berapa)
1/2 biji kelapa parut
(aku suka pekat yang lite2 je tuh pakai 1/2 biji)
Garam n bahan perasa secukup rasa.

Cara-cara
Masuk ketam, bahan-bahan yang telah tumbuk, nenas & santan kelapa cair dalam periuk
dan rebus sampai masak ketam tuh
Masuk bahan perasa n garam secukup rasa.
Last sekali masuk santan.
Siap!


Makan pulak ngan ikan bakar caru cecah ngan kicap, bawang potong, lada padi pastu perah ngan asam limau. Perghhh lapar terus aku skarang!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji