Jemput-jemput Udang


Time petang2 goreng jemput2 memang sedap.
Selalunya aku buat petang sabtu lah sebab petang lain aku kerja n petang ahad aku malas.
Lagi satu petang sabtu ramai orang datang rumah aku kan.
So memang wajib goreng jemput-jemput udang ni kalau takde menu lain.
Memang laku ler nak-nak kalau ada tong sampah kurus.
Tong sampah kurus tuh anak saudara aku.
Kerja melantak memang serah pada dia.
Tapi yang paling aku jeles makanlah banyak mana tak gemuk2 pun. Kurus je.

Jemput-jemput nih senang jer. Aku tak reti tang sukat-sukat nih.
Tepung, udang, bawang yang didadu, kentang didadu, ikan bilis tumbuk, garam sikit dibancuh ngan air.
Agak2 macam pekat boleh lah digoreng jadi jemput-jemput
Kalau nak lembut bancuh ngan air panas sikit.
Nanti bila makan macam melting jer dalam mulut.

Ok! petang nanti mesti kena buat. Pastu masak sambal tumis sekali
Alahaiiii

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji