Catatan Perjalanan: Bandung Part 1


Sempena trip aku ke salah satu destinasi di Indonesia yang dijadual kan tengah hari nanti, aku siapkan catatan perjalanan aku kat Bandung bulan 6 hari tuh. Hihihi lama betul aku peram kan. So kiranya post2 aku selepas nih sampailah aku balik hari Isnin ni adalah semua auto post yang aku dah siap2 prepare awal-awal.

Bila aku cerita ngan orang pasal trip aku ke Bandung nih, semua orang terkejut. Gelak pun ada. Nak tau kenapa? sebab sekejap sangat. Orang pun tak caya aku boleh pergi trip macam tuh.
Susah nak dapat cuti tuh sebab kena amik macam tuh. 

Aku pergi ngan akak aku, ayip n dua orang kawan2 akak aku. Akak aku n kawan2 dia oklah boleh pegi lelama sebab time tuh cuti sekolah. Cikgu lah katakan. Tapi aku mmg tak boleh. Nasib baik diorg pun tak kisah pergi short trip macam nih.

budak dah belek2 menu nak pau mak dia

Short trip aku nih lebih kurang macam trip untuk bershopping lah lebih kurang dan meninjau sekitar kota Bandung. Ini adalah first time aku menjejak kaki ke Indonesia.

Nak tau berapa hari aku pergi? 1 hari 2 malam jer kot aku pergi kalau dikira-kira. Aku pergi petang Ahad sampai malam. Hari Isnin satu hari berjalan membawa lah ke malam. Selasa pukul 8 pagi flight balik ke Malaysia tanah air yang ku cintai.

Bila aku cerita semua orang kata buat penat jer. Penat ke? at least dapat gak aku tengok Bandung tuh camner. Selalu dengar orang cerita beli kain kat sana murah semer kan.

Tapi masa pegi Bandung nih memang penat sebab kitaorg drive dari JB - Shah Alam. Tumpang kereta kat Shah Alam. Pastu balik pun kena drive dari Shah Alam - JB but trip aku tghari nih aku dah siap-siap beli tiket flight senai-lcct-indonesia-lcct-senai.

Cuma connecting flight dari lcct - senai time balik tuh yg buat seram. Sebab ada 1 jam jer untuk aku berlari dari international ke domestik. Tak sempat kot. Tak pasal2 aku kena beli tiket standby pagi selasa sebab apa cara sekalipun aku kena keje.
Ampesss nasib baik RM39 jer tiket.

Oklah sambung next post lah ek.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih